Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-Aug-2009 11:06 Email | Share | | Bookmark
BBQ HELWA sesi 08/09

THE GRAND FINALE....

Majlis helwa terakhir untuk sesi 2008/2009..sambutan ini diadakan dgn meriah sekali...program yang diadakan ialah BBQ!! terima kasih kepada yang memeriahkan majlis..dan terima kasih juga kepada kaum bapa yang datang menolong utk sesi bakar2..

Majlis yang meriah ini diadakan di rumah Pn Norzehan..thnx kak zehan...k, kita tgk gambar jer laa ye, tuk tgk cmn meriah nyer majlis ni....waacaaaa...









Akhir kata, kami memohon ampun dan maaf jika sepanjang pengendalian kami, ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, termakan, terminum, tersalah laku...dan kami ucapkan jutaan terima kasih pd kakak2, kawan2 dan adik2 semua di atas komitmen yang diberikan sehingga aktiviti2 yang dirancang dapat dijalankan dgn jayanyer....

dan tak lupa juga diucapkan tahniah kepada AJK helwa sesi 2009/2010, Pn Nadira dan Pn Norzehan di atas perlantikan...semoga dapat menjalankan tugas dengan gembira dan jayanya...

Dari kami,
Farizah & Wan Rukaida

Care to comment?


Thursday, 16-Jul-2009 22:40 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa 06/06/2009 (Host: Kak Hazlina)

Perjumpaan kali ini diakan di 49, Lonsdale road...terima kasih kepada kak asz kerana sudi menjadi tuan rumah pd kali ini....ini dia pn Hazlina Hamdan...


Antara tetamu yang hadir...glemer ler ustazah edit gambo kali nih..ehehe




Juadah pd kali ini...


Sesi kali ini adalah kelas gubahan bunga...cikgu nyer adalah otai kita, kak fida...kak fida sibuk menurunkan ilmu...


dan hasill nyer...mmg memukau...untung laa badan tuan punya bunga... ehehe


step2 or cara2 or tips2 tuk gubahan bunga bleh dapat di sini...
http://www.thegardener.btinternet.co.uk/tips.html
http://www.inbloom.com/arrangetips.htm
http://www.familymanagement.com/holidays/flowers/preserve_flowers_mix.html
www.lilacsllc.com/fresh.html
www.city-data.com/forum/hobbies-recreation/26
http://www.save-on-crafts.com/eigbasflowar.html

dan seterusnyer...kita maaakanannn...







Care to comment?


Wednesday, 27-May-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa 16 Mei 2009 (Host: Kak Cahaya)

Assalamualaikum...

yuuhhuuuu...best..best..best makan mee siput kat rumah kak cahaya...baru tau camana rupa mee siput sbnr2nya..ehehehe...Terima kasih bebyk kepada Pn Norhayati Mohamed Esa aka Kak Cahaya kerana sudi memberi kami peluang menyerbu ke mahligai indah akak..

Ni dia kak cahaya kita..senyuman yang menawan


Bacaan Yasiin oleh semua yang hadir..mmg ramai yang datang, sampai xboleh nak bgerak laa kat dlm rumah kak cahaya..ehehe terima ksih kepada semua yang sudi meluang masa hadir ke perjumpaan ini...


Aktiviti pada minggu ini adalah demo masakan daging gulai kawah oleh Pn Noralifah..Maaf kepada semua sebab kita terpaksa memulakan masakan terlebih dahulu sblm semua dtg sbb takut datang xsempat masak...Ni ada cara2 untuk memsak daging gulai kawah versi Kak Nora


NI lah dia aksi pendemo kita bekerja sambil bergaya didapur!! Terima kasih byk2 kak Nora kerana sudi bkongsi ilmu dgn kami semua..


NI plak aksi pembantu2 chef kita..Ni tolong masak ke, tolong kecohkan dapur??muaahaha


Hidangan yang enak2 oleh kak Chaya dan ahli2 helwa yang sudi membawa juadah pd petang itu...


Disebabkan kita terpaksa mula memasak sblm kehadiran ahli helwa semua, kak nora bbesar hati untuk menerangkan bagaimana cara membuat gulai kawah tersebut kepada semua...terima kasih sekali lg pd kak nora...


Aksi2 pada petang tersebut..jom kita tengok sape yang kena!!!



masa terasa kemeriahannya....makanan punya la byk...tp satu hapa aku tak makan...tak sempat nak makan....sbb seronok kengkawan sume makan.....mekasih korang sume...sudi memeriahkan majlis di teratak beta.... Wed 10-Jun-2009 12:57
Posted by:Kak Cahaya  - [Link]
Add comment


Thursday, 7-May-2009 09:23 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa April 2009 (Host: Mazlina Mama2D)

Assalamualaikum semua...
Tradisi perjumpaan helwa diadakan dua minggu sekali diteruskan lg...Kali ini kami menyerbu ke mahligai Pn Mazlina aka Mama2D di 28, Goodliffe Street...Terima kasih byk2 Mama2D kerana sudi menerima kehadiran kami...

Ni lah Mama2D with Daniyal yang hensem!!



Seperti biasa, majlis dimulakan dgn bacaan Yassin...Antara mereka2 yang hadir dan 'available' tuk baca Yassin...



Pada perjumpaan kali ini, ada kelas masakan..demo masakan ini oleh tuan rumah sendiri..dan masakan2 ini dinamakan Laksa Pahang dan Bubur Ayam Mama2D.. kelasss gitu... OK, bahan2 untuk mbuat laksa pahang dan cara-cara nya adalah seprti berikut:-



Laksa Pahang ni mmg simple nak buatnya, tp terangkat bila makan!!! Dan jom kita belajar cara nak buat bubur ayam mama2D..bubur ayam ala2 McD gitu..so terubat gak laaa buat sape2 yang teringin nak mkn McD kat cni..hehehe...Cara-cara membuatnyer:-



OK..dah abis belajar, kita makan!!! jaudah yang enak2 pd petang tersebut...



Aksi-aksi ahli helwa yang hadir pd petang tersebut..jom kita tgk sape yang kena....











Dasyat2 tgk ahli2 helwa makan ni..hehehe..buat yang 'terkena' tu, jgn marah yer...
gurau-gurau merapatkan hubungan..hehehe..jumpa diperjumpaan helwa akan datang!!!bye bye..

p/s: Terima kasih pd Mama2D atas sumbangan gambar2 ni!!

terima kasih akak for the update..seronok sgt dapat berkumpul dgn kwn2 dan ape share ilmu ku yang sejemput tu heheh Mon 19-Oct-2009 13:58
Posted by:mama2D  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-May-2009 15:33 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa 28 March 2009 (Host: Anita Adnan)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Anita Adnan kerana sudi menerima kunjungan kawan-kawan helwa ke rumah beliau di 18, Lonsdale Road, Radford pada 28/03/2009 yang lepas...

Thanx Kak nita..


Seperti biasa, majlis dimulakan dgn bacaan Yassin oleh ahli-ahli helwa..


Alhamdulillah, ramai juga ahli helwa yang berkelapangan menghadirkan diri ke perjumpaan kali ini...sampai penuh jugak laa rumah kak nita ni...





Setelah bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah..



Dalam perjumpaan helwa nih, memang tak sah klu xde makan2..best woo nasi air kak nita!! dan jugak makanan dr ahli-ahli helwa yang lain..thnx..



gambar-gambar dibelakang tabir...





p/s: sorry yer semua..kualiti gambar xbagus sgt sbb terlupa bawa camera..so, amik gambar guna handphone jer...

Care to comment?


Monday, 30-Mar-2009 12:07 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa 14 March 2009 (Host: Nadira Zin)

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama perjumpaan helwa tidak diadakan disebabkan byk aktiviti2 lain yang diadakan seperti ceramah UZAR, program bersama south-east Asian, so pada petang yang hening 14/03/2009 bertempat di 358 Berridge Road, Forest field, satu perjumpaan helwa telah diadakan..terima kasih kepada Puan Siti Nadira kerana sudi kasi rumah diserbu oleh ahli2 helwa yang lain...



Dira dan Alysya tomei...psst gambr tahun bila ustazah ciki letak ni? Alysya nmpk cam baby lg jer dlm pic nih!!

Aktiviti pada petang tersebut dimulakan dgn bacaan Yassin.. Selepas itu, taklimat ringkas diberikan oleh kak maziah tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh SouthEast Asian dan aktiviti yang boleh dijalankan oleh helwa bersama mereka.



Selepas itu, majlis diteruskan dengan demo cara membuat carrot cake oleh '1st lady' NMC iaitu Pn Zanariah Baba a.k.a Kak Zana.. jutaan terima kasih diucapkan kepada kak zana kerana sudi mendemokan carrot cake yang mabeles itu walaupun terpaksa rela di saat2 akhir ..Jom kita belajar camana nak buat cake nih...











dan ni plak gambar2 yang sempat disnap pada petang tersebut..jom layan!!!






tuan rumah sibuk bebonar..sampai tk dpt amik gmbr..den cilok je memano gmbr. Fri 8-May-2009 12:22
Posted by:ummu fawwaz
Ntah nyer..amik gamba pun tah abad keberapa daa....nampak sgt Alysya baby lagik...apparraaaaa Sun 17-May-2009 20:12
Posted by:Nadira Zin  - [Link]
Add comment


Wednesday, 18-Mar-2009 23:20 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa 17 Januari 2009 (Host: Rose Nizam)

Assalamualaikum...

Lama betul x update pasal aktiviti helwa nih...alhamdulillah, sekarang ni ada sedikit kelapangan, so kami nak update perjumpaan helwa yang diadakan pada 17/01/2009 di 70, Stanley Road, Forest Fields. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah, Pn Rosmahyati kerana sudi menjadi host pd kali ini walaupun sedang sarat ketika itu..(sekarang nih dah keluar dah baby boy..tahniah tuk kak rose dan family!! )


Kak Rose dan baby qairina..bukan baby baru kak rose tau!!

Aktiviti utama perjumpaan kali ini adalah solat hajat berjemaah..solat hajat bagi mendoakan kemenangan sahabat seagama kita di Gaza terutamanya, dan kejayaan dan kesihatan semua amnya...Solat hajat ini diketuai oleh Puan Zuraihan..thnx kak zue...


Sebelum solat hajat dimulakan, Puan Zuraihan memberikan sedikit penerangan dan huraian tentang solat hajat...(psstt budak baju merah tu tgh gaduh ke apa tu...astargfirullah..malu ibu ajer..)


Antara tetamu yang hadir..Kak Izan muka sedih jer..sedih sbb perjumpaan helwa yang terakhir yer??xpe, nnt kita buat perjumpaan helwa kat malaysia plak yer..boleh gitu??hehehe


Aktiviti bacaan yasiin selepas solat hajat..

Dan aktiviti seterusnya adalah kelas menggunting baju kurung oleh cikgu Hidayah kaz..terima kasih hidayah...ok, layan jer laa dulu gambar2 dibawah nyer..nota belum diterima drpd cikgu..tu laa, masa cikgu mengajar, bukan anak murid nak catat...













dan seterusnya, gambar2 yang sempat di snap semasa majlis berjalan..gambar2 dibelakang tabir dan aktiviti wajib perjumpaan helwa...MAKAN TIME!!! kita tgk sape yang kena....








muka aku menggambarkan betapa insafnya aku semasa mendengar tazkirah dari zue Mon 4-May-2009 08:18
Posted by:mrshenri  - [Link]
Add comment


Monday, 19-Jan-2009 22:02 Email | Share | | Bookmark
JOM KITA POCO-POCO

Setiap hari sabtu, kalau tiada aral melintang, InsyaAllah, Helwa NMC akan menganjurkan aktiviti senaman bersama Kak Maziah daripada South East Asian Assoc..senaman poco-poco gitu...

Layan jer laa gambar-gambar kat bawah ni..yang pasti, memang best berpoco2..

gambar sape laa y kena "kartun"kan tu..cuba teka..hehehe


Ustazah ciki, ana Insyirah dan kak mashitah dgn gaya poco2 mereka..


best student poco2 dinobatkan kepada kak izan..huhuhu kak izan, kami merindui poco2 mu.. ;P


one..two..three..


ni macam silat pun ada...


layannzzz


ni dah nak abis dah..sejukkan bdn...relax2...


rasa relax sgt masa buat mcm nih..tgh insyirah n farah tu..pandai..


aksi "menarik" dr kak rin dan girlnyer, farahh..jgn marah naa kak rin..


kepada sape2 y bminat nk join poco-poco ni, nnt dtg jer yer...Wassalam..

alaa kak..poco2 laa dengan mrhenri..mesti menarik ..amik video, postkan dlm wordpress..bole kitorg tgk gaya mrhenri bpoco2.. Wed 4-Feb-2009 01:24
Posted by:ibu eriem  - [Link]
asik tak sempat jek nak join poco2 ni.... Mon 16-Mar-2009 10:28
Posted by:kak Cahaya  - [Link]
oooohhhh betapa aku jua merindui poco-poco Wed 18-Mar-2009 16:27
Posted by:Ramona
View all 4 comments Add comment


Saturday, 3-Jan-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark
Rombongan HELWA ke Stoke on Trent

Assalamualaikum semua...

Nak update tentang aktiviti "gempak" Helwa NMC ke tempat shopping "cik kiah-cik kiah" iaitu STOKE..Untuk pengetahuan semua, kat stoke ni kita boleh dapat pinggan mangkuk "made in England" dengan harga factory..antaranya ialah royal doulton, portmeirion, wedgewood, royal stafford, spode dan macam2 lg...

Seawal 7pagi kami berkumpul..rombongan ni disertai lebih kurang 35org termasuklah cikmat-cik mat yang minat pingan mangkuk jugak

kami tiba di Stoke pukul 9 pagi..kira tukang buka kedai laa...Tentatif program kitorg pada hari tersebut ialah

Quote:

9:00 Royal Doulton (Fodge Lane, ST1 5NN)...
10:15 Royal Stafford (Burslem, ST6 4EE)
11:45 Portmeirion (London Road, ST4 7QQ)
12:55 Spode (London Road, ST4 1BX)
13:55 Wedgewood (Kings Street, ST4 3DQ)
Royal Doulton
Portmeirion
Solat & lunch
1730Bertolak pulang ke Nottingham


Alhamdulillah, kami dapat menepati tentatif yang dirancang...tengok lah gambar2 dari mamarazi cikinur...

ada banner tu..gempak gitu..cuma xtahan tu, ada perkataan cik kiah..spoiler betul..










@ Royal Doulton




@ Portmeirion






cantik x strawberry tu??


Koleksi Royal Stafford..ni bukan tahap "dewa dewi" yer..hahaha


@ Portmeirion..simple tp menarik...


Koleksi royal doulton..Old country roses yang jadi "trademark" royal doulton!!tengok lah harga nyer..so, kalau nak jimat, beli jer yang second price tu..


Di royal Stafford lagi..gmbr ke-4 tu, tangan kak shahnaz tau...hehehe saje kantoikan kak sha....

amboi sakan sungguh cik kiah2 ...geramnyer nengok koleksi pinggan mangkuk kat stoke tu...jealous habih teringat rombongan cik kiah pertama ( . Bagusla you all borong...borong jgn tak borong Mon 2-Mar-2009 13:39
Posted by:Fauziah ziah@uum.edu.my
Add comment


Tuesday, 2-Dec-2008 12:34 Email | Share | | Bookmark
Helwa 29 November 2008 (Host:Ramona Nazreen)

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah..satu lagi perjumpaan mingguan helwa dapat disempurnakan dengan jayanya...Pihak Helwa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ramona Nazreen Abdul Rahman (Kak Rin) kerana sudi jadi host untuk kali ini walaupun sedang sarat menunggu masa untuk masuk 'workshop'..hehehe...tunggu baby girl kuar laa...Ni laa kak Rin yang ceria gitu....



Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin bagi memberkatkan lagi majlis, dan mendoakan keselamatan, kebahagian dan kejayaan warga NMC semua...serta mendoakan kesihatan baik buat ayah Hanim di Malaysia..





Selepas bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan sessi perbincangan...perjumpaan helwa kali ini dihadiri oleh Kak Maziah dari Southeast Asian Association in Nottingham...(betul ke yer..nnt saya confirm kan balik..)..



Pelbagai aktiviti yang dicadangkan dan dibincangkan bersama Kak Maziah...Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dicatat:-
1. Senaman(cadangan setiap sabtu-10-11am)
2. Masak2(Asian Women)(every Tuesday)
3. Conference
4. apo ntah..mcm gath untuk kebudayaan asian kot..(ni la akibatnya bila tk tulis..pakai
hantam kromo jo)

So, kita layanzz gambar Kak Maziah kasi taklimat ni yer..



Selepas itu, perbincangan tentang sambutan Eid ul-adha juga diadakan...



Aktiviti wajib...MAKANNNN...xlarat nak tulis dah, layannn jer laa aksi2 rakan2 helwa makan...









Ni plak, kenangan disepanjang majlis diadakan...






Sessi bergambar selepas makan??x aci ni, sbb ramai dah yang balik...den pun xdok dalam gambar



Yang Melaporkan: Wan Rukaida
Yang Mengedit Gambo : Norfarizah
Tema Editing : Winter Time (mentang2 pagi td snow..terus template ber'snow' gitu..)

Salam HELWA...nak nangis nengok muka2 ngkorang dlm fp nih...rasa cam berzaman dah tak jumpa....semoga Allah izinkan nora jumpa HELWA lagi... Wed 10-Dec-2008 00:19
Posted by:Nora
terasa lamanya aku tak g helwa nih.....berazam ni....nak g helwa akan datang....tapi slalu ada plan kalo ari sabtu la....Sabtu jek la hari yang boleh jalan dari pagi sampai mlm...tu pasal monteng sokmo dari helwa (ibu)...anak aku pon ponteng kafa gak... Wed 10-Dec-2008 19:34
Posted by:Kak Cahaya  - [Link]
Takpe yang tak dapat dtg baru-baru ni...bule pi next one kat Stoke...kikiki Sat 13-Dec-2008 14:24
Posted by:Ramona @ K rin
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.