|
|
| Thursday, 21-Aug-2008 12:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa 26 Julai 2008 (Host : Puan Laily & Puan Zarina)
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Aktiviti Penutup Helwa di bawah kelolaan AJK HELWA sesi 2007/2008 telah diadakan secara host bersama Puan Laily Mariana Samsudin dan Puan Zarina Zakaria pada 26 Julai 2008, bertempat di 136 Laurie Avenue, Forest Fields.
Di perjumpaan kali ini sesi ramah mesra ahli-ahli helwa dan anak-anak telah diadakan.
Di kesempatan ini, kami selaku Biro Helwa bagi sesi 2007/2008 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua rakan helwa terhadap apa jua aktiviti yang telah dijalankan oleh Helwa dan juga NMC. Tanpa anda siapalah kami di sini... Tanpa sokongan rakan-rakan helwa sekalian, aktiviti yang dirancang tidak akan dapat dijayakan.
Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya di sepanjang aktiviti-aktiviti helwa dijalankan ada kesilapan yang telah kami lakukan secara tidak disedari. Segala kesilapan dan kekurangan yang ada adalah di atas kelemahan kami sendiri.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Farizah dan Puan Wan Rukaida di atas perlantikan sebagai Biro Helwa bagi sesi 2008/209. Kami berharap aktiviti-aktiviti helwa akan diteruskan oleh AJK yang baru. Kami juga mengharapkan agar sokongan berterusan dari ahli-ahli helwa yang lain bagi mengaktifkan apa juga aktiviti yang akan dijalankan selepas ini.
Sekiranya ahli-ahli helwa mempunyai sebarang cadangan ataupun komen, ruang perbincangan sentiasa dibuka luas di emel helwanmc untuk kita sama-sama membincangkannya..
Di kesempatan ini juga, saya dan Puan Zarina ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli helwa yang sudi hadir ke teratak saya pada 26 Julai 2008 yang lalu bagi memeriahkan majlis penutup helwa bagi penghujung sesi 2007/2008. Yang tidak dapat hadir, pintu rumah sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan anda semua di masa-masa akan datang.
Berjuta-juta penghargaan juga kepada semua ahli yang hadir bersama juadah yang enak-enak pada majlis tersebut. Sungguh kami tidak menduga sambutan yang cukup meriah pada hari ini. Terima kasih sekali lagi!!!....
tetamu undangan (yang bukan rakan helwa... hehehehehe... )
Terima kasih lagi dan lagi dan lagi... Tak tau lah terima kasih yang kali ke berapa untuk entry kali nie... Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan saya semangat untuk meng'update' entry di fotopages helwa ni walaupun lambat dan sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali saya memerlukan... Budi kalian kan tetap ku kenang hingga akhir hayat...
Maaf sekiranya di sepanjang jari jemari ini menari di sini, ada hati yang telah terguris ataupun ada tutur kata atau tingkah laku yang tidak disenangi... Mohon ampun maaf banyak banyak....
Sekian, dari hujung jari jemari
Laily Mariana Samsudin
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa 12 Julai 2008 (Host : Puan Suhaili Abu Bakar)
|
|
Perjumpaan Helwa minggu ini telah diadakan di rumah Puan Suhaili Abu Bakar pada 13hb Julai 2008 bertempat di No 29, Hazelwood Road, Bobbersmill....
(sorry, yg ni pun lambat update..)
Sebagaimana biasa, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin.
Dan diikuti oleh Kelas Tajwid di bawah bimbingan Ustazah Farizah...
(gambar semasa kelas dijalankan terlupa lak nak snap.... sori lagi sekali)
Dan juga sesi jualan langsung tudung dari Malaysia oleh Puan Dalina...
Helwa mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Puan Suhaili yang sudi menjadi tuan rumah pada perjumpaan kali ini, di samping hidangan yang enak-enak hasil air tangan chef terkenal kita, Chef Taufik...
Makan 'time'
si comel yg manis bergaya dengan tudung Auntie Dal, tapi tak dapat menahan airmata dari gugur bila didukung oleh Auntie Tim...
'batman' merajuk...
-laily-
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Aug-2008 15:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa 17 Mei 2008 : Host Puan Shariza
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Bagi melunaskan hutang yang masih tertunggak, dengan ini disiarkan rakaman perjumpaan Helwa di rumah Puan Shariza yang telah diadakan pada 17 Mei 2008 bertempat di 162, Burford Road, Forest Fields...
Mohon ribuan ampun dan maaf di atas kelewatan ini... Terlalu byk sebab, tak tersenarai rasanya di sini... Namun, itu semua adalah di atas kelemahan saya sendiri... Saya yakin AJK akan datang lebih efisyen dari saya... Insya Allah...
Ahli Helwa yang hadir
Di pertemuan kali ini juga telah diadakan demonstrasi membuat Kek Pandan Chiffon di bawah kelolaan Puan Noerwati Dolhaji...
Cara-caranya :-
1.
2.
3.
Juadah hari ini....
Kelas Tajwid
Antara yang sempat dirakamkan...
to be continued...
-laily-
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nota Kelas Tajwid - HUKUM MIM SUKUN
|
|
| Quote: | assalamualaikum...
sedikit usaha telah dilakukan untuk padam background yang nampak ala-ala comot di nota-nota tu. tapi... akhirnya tak larat nak ku teruskan kerana sungguhlah leceh dan memakan masaku... harap-harap korang masih boleh bacalah nota-nota tu... wassalam...
~mrshenri~ |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jun-2008 22:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum wrbkth......
Tarikh ini dipilih khusus untuk host yang bermurah hati menawarkan bumbung untuk kita semua berhelwa. Terima kasih Mashitah kerana berlapang dada menerima tetamu hawa ini semua. Seperti biasa Helwa kali ini dimulakan dengan bacaan Yassin yang diterajui oleh Ustazah Fariza dan diikuti dengan demo membuat cheese cake oleh Chef dari Orbourne St., Puan Siti Khir Huraizah (isteri kepada ustaz Agus).
Bermula dengan majlis suai kenal dengan ahli2 helwa yang baru....taraaaa.....diperkenalkan.....
Pastu baca Yassin la pulak....
Demo memasak cheese cake yang marbeles oleh Siti Khir Huraizah.....
Step 1
Bahan A
1. biskut digestive (200 gm) ~ dihancurkan
2. butter anggaran 3-4 sudu ~sekadar cukup untuk biskut dikepal
3. Gaul butter dengan biskut sehingga boleh dikepal.
4. Adunan boleh dikepal
Kemudian masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 150 c selama 10 minit.
Step kedua
1. Soft cheese cream ~ 250gm
~ butter 30gm
2. Gula caster ~ 30gm
3. Pukul hingga kembang
Seterusnya
1. Masukkan 3 biji kuning telur satu persatu
2. Pukul selang seli masukkan kuning telur tadi
3. Habiskan kesemua telur
4. Setelah sebati
Lepas tu
1. Masukkan Esen Vanila 1 sudu teh
2. Adunan setelah dicampur esen
3. Perah air limau nipis sebanyak 2 biji
4.Pukul lagi hingga sebati
Pastu...
Bahan B
1. 1 sudu teh cream of tartar
2. 3 biji putih telur (dicampur dgn cream of tartat tadi)
3. 30gm Gula caster )dicampur dgn bahan diatas)
4. Pukul hingga kembang
5. Pukul lagi
6. Dan lagi
7. Masukkan 2 sudu besar tepung jagung
8. Pukul lagi
9. Siap dan boleh dibakar dengan suhu 150 c selama 70 minit.
Cheese cake dah siap yeeyyyyy..bleh makan.....glup...glup.....
Majlis ilmu pun bermula....nasib cikgu lupa bawak rotan....
Haa..ni gambo anak Zihan/Wan Azli....gambar Sarah(betul ke Zihan nama anak ko ni)..rasanya betul la kot..lupa la....banyak gambo dia lam camera unty ni..so dah alang byk gambo dia byk kan...unty tepek la sekeping dua....bila unty nak snap jek mesti dia enterframe....tapi cute gak kan Sarah ni.....ligat dia......tapi bagusnya tak nangis......Muahhhssss....dari unty....
Lepas belajo rasa lapo la plak....jom...makan.....Zassss
macam-macam aksi bila mak budak buat senaman mulut......so jom.....Zassss.....
Dah tengok siapa yang kena??....alah saje nak gurau2 kan.....harap2 tuan punya gambo2 dia atas tidak rasa hati yek....sbb kalo tak gitu tak meriah plak fotopage helwa ni kan.....
Ampun dan maaf Kak Cahaya minta jika ada tersilap bicara.....mekasih pada tuan rumah dan bibik skali....harap jumpa lagi di bawah naungan host yang lain pula....
Wassalam.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Jun-2008 19:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
snap... snap... di sekitar perjumpaan Helwa...
~ tamat... jumpa lagi di majlis Helwa akan datang insyaAllah...~
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jun-2008 13:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nota Kelas Tajwid
|
|
| Quote: |
Pada contoh pertama, tolong abaikan bulatan di huruf 'ha' bertanwin bawah dan nota 'baris bawah'. |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-May-2008 12:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa - 10 Mei 2008
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Perjumpaan helwa pada minggu ini telah diadakan di rumah Ustazah Farizah a.k.a. cikinur beralamat 12, Croydon Road, Radford. Namun perjumpaan pada minggu ini telah melakar sejarah di mana tuan rumah tidak dapat bersama-sama pada majlis ini kerana anak kesayangan beliau, Fawazzadin telah dimasukkan ke wad. Bersama-samalah kita berdoa agar anak beliau cepat sembuh...
Pihak helwa ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang hadir, juga kepada rakan-rakan yang turut membantu Farizah menyediakan juadah serta persiapan kek istimewa HELWA oleh Farizah....
Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan disusuli dengan acara menjamu selera. Kelas Tajwid akan disambung di minggu hadapan, Insya Allah di rumah Puan Shariza...
Sesi berkenal-kenalan dengan warga baru serta sesi dialog bersama Dr Faridah juga telah diadakan.
Semoga majlis ilmu kita ini akan terus mendapat sambutan di masa-masa akan datang. Insya Allah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-May-2008 12:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa - 26 April 2008 (Part 2)
|
|
RESEPI KEK PUDING KARAMEL
Kek Span
Bahan-bahannya :-
70gram tepung gandum
60gram gula halus
2 biji telur
20gram mentega (dicairkan)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-May-2008 07:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nota Kelas Tajwid
|
|
Assalamualaikum,
Salinan nota kelas tajwid ni telah di upload di 'Files' di helwaNMC yahoogroup. Ada permintaan daripada ahli supaya nota-nota di upload pula ke fotopages. So ini notanya ye. Baca jangan tak baca!
Hukum Nun Sukun dan Tanwin
Al-Iqlab
# Kelam-kelam asap sket nota ni. Adjust fokus mata korang. Boleh? . Kalau yak ni tak clear, bacalah nota kat yahoogroups. Kalau tak jelas juga, minta kat Ustazah Farizah buat satu copy lagi #
|
|
|
|