|
|
| Saturday, 26-Apr-2008 21:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa - 26 April 2008
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Perjumpaan Helwa pada hari ini telah diadakan di rumah Puan Nurul Shanaz bertempat di 219, Gladstone Road, Forest Fields.
Terima kasih Shahnaz kerana sudi menjadi tuan rumah untuk aktiviti Helwa pada kali ini...di harap ramai lagi yang bermurah hati untuk menawarkan rumah masing2 untuk kita sama2 bergather-gather dihujung minggu....
Aktiviti pada minggu ini dimulai dengan bacaan Yasin, diikuti oleh Demo Masakan oleh Pendemo Tersohor di Nottingham, KAKTIM. Kaktim telah membuat demo kek coklat serta Kek Puding Karamel. Selain daripada itu sambungan Kelas Tajwid oleh Ustazah Farizah juga telah diteruskan dengan mempelajari Hukum Iqlab. Di akhir perjumpaan, diadakan juga demo melilit tudung oleh Puan Aisyah (Latip) yang juga telah mengadakan jualan langsung tudung Italy.
Bab 1
Bab 1 akan mengupas cara-cara membuat Kek Coklat Sempoi Kaktim serta cara-cara membuat toping.
Bab 2
Mengupas cara-cara membuat Kek Puding Karamel
Bab 3
Ibadah time....
Kelas Tajwid...hari ini kita belajar Al-Iqlab ye...murid2...
Bab 4
Demo Melilit Tudung
Bab 5
Makan-makan
Ada lagi kuih2 yang lain tapi tak sempat nak snap...konon2 nak tunggu dirasmikan dulu, rupa2nya...toleh sekali lagik dah tinggal pinggan jek...jadi maap lah ye puan2 yang empunya kuih yang tak masuk gambonya lam entry kali ni....entry akan datang mamarazi akan lebih dedikasi lagi menjalankan tugas...so..jangan serik bawak2 kuih banyak di setiap perjumpaan....
Bab 6
Di balik tabir
[color=red]akan diupdate sedikit masa lagi...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Apr-2008 19:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Video sambutan maulidurasul NMC
|
|
Kak Laily, saya saja-saja letak video maulud NMC kat sini eh, since fotopages dah boleh buat link ke youtube. Untuk ahli club fotopages HELWA yang lain ( tetiba ada club la plk...), macam ni coding untuk link ke youtube:
[youtube]paste link dari youtube cth:http: //www. youtube.com/watch?v=5kAbdEtDtoE [/youtube]
# pastikan takde jarak di url tu. saya saje jarakkan supaya url tu tak keluar sebagai hyperlink. nak senang, just cut and paste je dr intenet browser.
~mrshenri~
Video dari fatehsalleh
Video dari faizac Kalau tak silap, pemilik video ni ialah suami kpd Datin Nora. So minta izin taruk link di sini ye...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Apr-2008 15:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa 12 April 2008 @ Rumah Kaktim
|
|
sila layari fotopages kaktim untuk menjamu mata melihat lebih banyak lagi gambar sekitar perjumpaan helwa di rumah kaktim...
Perjumpaan Helwa di rumah Kak Tim
p/s terima kasih yang tidak terhingga kepada kakcahaya kerana sudi membersihkan sawang di fotopages helwa nie.... i lap u beri strong.. .hehehe....
-laily-
Perjumpaan Helwa kali ini berlangsung pada 12hb April 2008 di kediaman Puan Fatimah atau nama timang-timangannya Kak Tim.Wahh!! meriah perjumpaan kali ni sampai sesak rumah Kak Tim. Tambahan pulak hari ni hari pertama Ustazah Ciku opps.... sori.... Ustazah Farizah mengimbau zaman-zaman sekolah agama dulu kala dengan hukum tajwidnya. Sume pakat tunduk jek..takut kena tanya . Apa pun terima kasih Farizah sebab sudi berkongsi ilmu dalam dada dengan kakak2 dan adik2 sume. Kepada sesiapa yang terlepas peluang kali ini...jangan bimbang kerana ustazah akan membekalkan kita dengan nota pada perjumpaan yang akan datang.
Agenda minggu ini tidak terbatas setakat ilmu akhirat sahaja ada juga dibekalkan dengan ilmu kekeluargaan agar kita sume boleh memikat suami dan keluarga dengan kesedapan mee bandung Puan Laily .
Dimulakan dengan bahan2 menumis. Bahan menumis terbahagi kepada 2 iaitu bahan tumis untuk air stok daging dan satu lagi tumis mee bandung.
Yang ni bahan tumis kedua2nya
yang ni bahan2 sampingan yang lain
Dibawah adalah cara2 menumis untuk dicampur ke dalam stok daging. Campuran gambar pertama adalah sebenarnya gabungan bawang putih/ bwg merah dan halia (tertinggal bwg merah kat situ).
Dibawah adalah cara2 menumis mee bandung
Gambar dibawah saya tak sertakan part masukkan kacang tanah dan udang kering....so masukkan udang kering semasa tumisan lada kering/bwg putih/ bwg merah telah garing...lepas tu masukkan udang kering....lepas tu masukkan daging dan stock daging..pastu masukkan kacang tanah.....lepas tu barulah masukkan tahu telur dan batang sawi diikuti dengan daun sawi....
Ok kita dah siap masak dah.....apa lagi .... jom makan......yumm......yum....
Kepada mereka yang teringin nak makan mee bandung ala2 muor silalah cuba resepi ini....InsyAllah tak kecewa......mmmmaahhhh walllah.....
Dalam pada itu sempat la jugak berborak dan mengeratkan lagi silaturrahim kalangan kaum hawa ni...sambil rewang masak mee bandung ...sambil makan juadah yang disediakan tuan rumah dan buah tangan dari tetamu yang datang.
Sebelum tirai helwa kali ini dilabuhkan....mari kita lihat aksi2 mak-mak budak menambahkan lemak......
Sampek ketemu lagi.....Wassalam.... Kepada Kak Tim mintak maap sebab gambo kak tim terlupa nak snap cantik-cantik. Ada sekeping tapi versi kurang sesuai untuk diglamourkan. Jangan amik ati yek kak tim...tak pe kan...sbb seantero Nott dah kenal Kak Tim dah....
-------
Kak Laily & Kak Cahaya, tumpang lalu...ini ada gambar Kak Tim yang dicilok dari fotopagesnya...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Apr-2008 09:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Helwa kali ini berlangsung di rumah Puan Dalina Adan. Terima kasih Dalina kerana mengizinkan teratak 2 tingkatmu dijadikan pusat untuk kami kaum hawa berkumpul kali ini.
Antara agenda yang sempat dilaksanakan mengikut perancangan pada hari itu ialah bacaan yasiin, muqaddimah kelas tajwid oleh ustazah Farizah dan demo membuat sushi oleh puan rumah kita, Dalina. Aktiviti lain yang seakan wajib biasalah makan sambil borak hal ehwal semasa....
Alhamdulillah kedatangan pada hari tersebut sungguh menggalakkan dan insyAllah berkekalan ukhwah yang terjalin ini.
Kepada mereka diluar yang dah lama menunggu resepi membuat sushi....disini saya realisasikan impian auda2 sume.....senang..simple...dan cepat dimasak sedap dimakan....
Ulasan gambar diatas...
1.Setengah sudu teh garam dan sesudu teh gula untuk ukuran 1 1/2 cwn nasi.
2. beras (ada dijual dikebanyakan kedai cina dalam pelbagai brand).
3. Cuka 3 sudu (boleh kurangkan kalau tak suka masam sangat).
4.nasi sushi yang telah siap dimasak (1 1/2 cwn).
5. bamboo untuk mengulung sushi
6.seaweed
7.smoked salmon
8.telur dadar dan fish finger.
Cara-cara membuatnya
1. Campurkan gula dan garam ke dalam cuka kemudian masukkan cuka ke dalam nasi yang telah dimasak.
2. Ambil sekeping seaweed letak di atas tikar buluh...kemudian ambil sedikit nasi dan ratakan dengan meninggalkan basi tepi seaweed sebanyak 1/2 inci dikelilingnya.
3. setelah rata ambil salmon atau telur dadar atau fish finger atau apa saja yang disukai. Letakkan bersama timun yang dipotong memanjang.
4. mulakan menggulung sambil memadatkannya.
5. Potong lebih kurang setebal 1 inci.
6. hidang atas pinggan jepun....baru berselera......
Cerita belakang tabir.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 21:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Helwa - 23 Februari 2008 (Sabtu)
|
|
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh....
Aktiviti Helwa pada minggu telah diadakan di rumah Puan Nadia Yong Abdullah, di 13, Clapham Street....
Program Khas Helwa minggu ini bersempena gotong royong membuat cenderamata (door gift) kepada semua keluarga sempena Sukaneka Musim Sejuk yang diadakan pada 24 Februari 2008 di John Carol Leisure Centre....
Terima kasih kepada semua rakan sudi hadir.....
Terima kasih juga kepada Nadia yang sudi menjadi host dan menyediakan juadah mee wantan yang sungguh enak!!!!...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 17:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Helwa - 16 Februari 2008 (Sabtu)
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
rakan helwa yang disayangi sekalian...
Alhamdulillah, perjumpaan helwa minggu ini diadakan di rumah Puan Maizatul, beralamat di 237 Noel Street... Kak Mai akan meninggalkan bumi Notingham ini tanggal 2 Mac 2008. Selamat pulang ke tanahair dan Selamat maju jaya rakan-rakan helwa ucapkan...
Sebagaimana biasa, aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan bacaan Yasin... Terima kasih kepada semua rakan yang hadir...
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti membungkus hamper sempena Karnival Sukan Musim Sejuk (SMS 2008) yang akan diadakan pada minggu hadapan (24 Februari 2008).
Barisan hamper yang akan menjadi rebutan minggu depan....
Hadiah tempat pertama, dengan bow besar
Hadiah tempat kedua, hasil air tangan Kakyati, kak Zalinah dan Rosmayati
Hadiah tempat ketiga, eh! rosmayati lagi dan kak CT (Ujang) lagi?...
Hadiah tempat ke empat, yang mengambil masa paling lama untuk disediakan...
Hadiah tempat ke lima, paling awal siap...
Hadiah tempat ke enam, ada bow-tie gak...
Ish ish... dah mcm pertandingan membungkus hamper plak gayanyer...
Antara juadah yang disediakan...
terima kasih kepada rakan helwa yang membawa hidangan yang enak-enak belaka... dan terima kasih juga kepada kak Mai yang menyediakan mee lada hitam yang membuatkan yati membuka cerita tentang rahsia perkhemahan mereka.. hahahaha....
Helwa juga ingin mengucapkan salam perpisahan kepada ALONG yang telah pulang ke Malaysia pada hari Ahad, 17 Februari 2008. Terima kasih kepada Along yang sering bersama aktiviti helwa...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Jan-2008 18:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Perpisahan
|
|
Wajah-wajah yang dirindui...
Tribute for Ex-NMCian...
Tidak lupa juga buat mereka yang lain seperti
Ustaz Kasy & As
Farah & Sherif d Nottingham
Izni & Ima
Wakli & Kak Ina
tak lupa juga Kak Syikin & Abg Yunus
Abg Kamil & keluarga
juga Kak Gee dan anak2....
dan sahabat2 yang buat split program.... walaupun kalian cuma 6 bulan sahaja di sini, tetapi jalinan ukhwah tidak membezakan semua itu...
Moga kita akan dipertemukan lagi Insya Allah...
kalian tetap dalam ingatan.....
Insya Allah, saya akan cuba cari lagi gambar2 lain untuk di 'up-date'kan di sini...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Jan-2008 15:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Helwa - 19 Januari 2008
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Perjumpaan Helwa pada minggu ini telah diadakan di rumah Puan Zuraihan Zakaria (atau lebih dikenali dengan nama ZUE Dr. Syed) bertempat di
A4, AENEAS COURT, MANSFIELD ROAD, NG5 2BZ
Sebagaimana biasa, aktiviti dimulakan dengan bacaan Yasin.
Pada minggu ini demonstrasi membuat SOTONG SUMBAT telah diadakan dengan tunjuk ajar dari Cikgu Wan Rukaida...
Bahan-bahannya :-
Cara-caranya :-
1. Rendam beras pulut bersama santan selama 3-4 jam
2. Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam sotong
3. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras ke dalam periuk
4. Potong bawang merah dan halia
5. Masukkan bawang merah dan halia
6. Masukkan santan
7. Masukkan gula merah
8. Masukkan daun pandan
9. Masak sehingga mendidih
10. Siap untuk dihidangkan
Ahli helwa sedang menjamu selera (sedang tekun mendengar kaktim menurunkan ilmu)
Tok Guru yang tersenyum keceriaan selepas hilang nervous...
Tok Guru seterusnya...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 19:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helwa - 5 Januari 2008
|
|
2007 ditinggalkan....
2008 membuka lembaran...
Aktiviti Helwa di tahun baru telah diadakan di rumah Puan Farah Wahida bertempat di Brixton Road, Radford...
Sebagaimana biasa Majlis dimulai dengan bacaan Yasin.
Pada minggu ini, Puan Azlina Daud telah membuat demo kuih tepung pelita
TEPUNG PELITA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur
Cara-caranya :-
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Setelah likat, masukkan ke dalam cawan plastik (1/2 cawan)
Buat bancuhan untuk bahagian atas yang berwarna putih pula.
Bahan-bahannya :-
1. 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2. 1 cawan santan pekat
3. 4 cawan air
4. Sedikit garam
Cara-caranya :-
1. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
2. Setelah pekat, masukkan ke dalam cawan, di atas bahagian yang berwarna hijau tadi.
Antara ahli helwa yang hadir
SELAMAT MENCUBA.....
terima kasih daun keladi Azlina.. Lain kali leh bagi resepi lain plak....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jan-2008 16:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Helwa - 15 Disember 2007
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Rakan-rakan helwa yang disayangi sekalian...
Setelah bertapa selama sehari suntuk semalam, meng'up-load' dan men'down-load' gambar aktiviti helwa di rumah Min, rupa-rupanya hasil yang dijangkakan akan menggegarkan bumi notts ternyata tidak seperti yang diharapkan...
Kusangkakan rumah yang ditukang adalah rumah helwa, rupa-rupanya men'decorate' rumah sendiri... Inilah susahnya kalau ada dua rumah kan?.. Tersalah giliran la pulak... hehhehehe....
Anyway, rakan-rakan bolehlah melayari lamanweb saya untuk mencuci-cuci mata dan menyalin-nyalin resepi kuih wajik...
Dan, ada satu lagi kisah sedih yang tragis telah berlaku.. Semalam saya sempat juga membuat satu lagi entry helwa di rumah Fara, tapi hanya separuh jalan coz dapurku sudah memanggil-manggil... tak sempat nak siapkan, tapi sebenarnya ada banyak juga gambar yang telah saya up-load kan di situ...
Tetapi malangnya, entry tersebut tidak kelihatan langsung samada di rumah lailymus ataupun di rumah helwanmc... entah di mana silapnya... tapi semalam memang line ada ter'hang' sekejap gara-gara 'wireman' yang tengah buat 'wiring' kat cellar tu, yang telah meng'off'kan bekalan eletrik kerana tidak mahu dia yang terkena kejutan elektrik sehingga menyebabkan rumahku gelap gelita dan anak-anakku menjerit memanggil ibunya....
Apa pun ceritanya, esok lusa kalau ada kesempatan, saya cuba buat semula... huk huk huk.... k, enjoy viewing...
p/s terima kasih kepada Wan Rukaida kerana telah mengirimkan shot-shot menarik di rumah Min kepada saya... Ribu ribu terima kasih!!!
sila ke link di bawah
Aktiviti Helwa : Tadarus & Wajik (15/12/2007)
-laily-
|
|
|
|