Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Nov-2007 11:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Helwa (28.10.2007) - Aktiviti Lilit Melilit Tudung

Tudung dilipat 2 (sebelah panjang, sebelah pende
Pinkan tudung di leher
Bawa satu bahagian tudung yang pendek ke bahu
View all 7 photos...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


Aktiviti minggu ini adalah aktiviti Sambutan Penutup Syawal dan juga sebagai Majlis Perpisahan Puan Nami yang akan berangkat pulang ke Indonesia pada 3 November 2007.

Semua rakan helwa mengucapkan salam perpisahan kepada Puan Nami dengan ucapan semoga bertemu lagi Insya Allah di lain masa, semoga maju jaya dalam apa juga amalan yang dilakukan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nami di atas ilmu yang telah dicurahkan sepanjang beliau bersama-sama menerajui aktiviti Helwa di bumi Nottingham ini.






Aktiviti pada minggu ini adalah MELILIT TUDUNG....

Puan Dalina telah menunjukkan cara-cara melilit tudung ala ala Wardina Safiah atau ala ala Heliza AF5...

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Dal....


Bahan-bahan yang diperlukan
1. sehelai tudung panjang
2. Sebiji brooch besar
3. 3 biji brooch kecil


Cara-cara melilit :-

1. Lipatkan tudung (satu panjang satu pendek)




2. Pinkan tudung di bahagian leher





3. Bawa satu bahagian tudung (yang pendek) ke bahu kiri (atau kanan) dan pinkan di bahu



4. Bawa bahagian tudung yang satu lagi (yang panjang), lilitkan di bahagian kepala



5. Pinkan tudung di bahagian atas kepala



6. Bawa tudung ke bahagian depan badan dan pinkan dengan brooch besar



7. Model (Puan Ima) anggun bergaya setelah dihias oleh Cikgu Dal...





Model-model lain yang telah dihias oleh anak-anak murid yg genius....

KAK FIDA (Puan Norafida Ab. Ghafar)


KAK TIM (Puan Fatimah Hashim)



KAK MAI (Puan Maizatul)







zan, sejak mrshenri tidak bertugas nie, wajahku tidak lagi wujud di fotopages ini.. hahhaaha....
anyway, enjoy viewing the virtual lesson!!!... kalau ada soalan, boleh tanya cikgu dal ye!!...
Mon 19-Nov-2007 16:28
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
kalau jadi penembak gambar memanglah tak merasa masuk dalam gambar ek Tue 27-Nov-2007 17:34
Posted by:mrshenri  - [Link]
kak laily...kami masih menunggu resepi wajik dan tepung pelita
yg sabar menungggguuuuu.....
Mon 7-Jan-2008 15:28
Posted by:mrshenri  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 18-Oct-2007 13:23 Email | Share | | Bookmark
TADARUS HELWA

aktiviti minggu kedua tadarus - nasi dagang
nasi dagang chef nasibah
chef nasibah dan pembantu
View all 13 photos...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
salam kasih sayang buat rakan-rakan helwa sekalian....

Syukur Alhamdulillah... Majlis Tadarus HelwaNMC telah dijalankan setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini... Sebagai makluman, sebanyak 21 juzuk telah habis dibaca.

Insya Allah, pihak helwa bercadang untuk meneruskan bacaan tadarus ini selepas hari raya bagi melengkapkan bacaan kita dan seterusnya mengadakan Majlis Penutup Tadarus.

Ringkasan kepada aktiviti mingguan ini adalah seperti berikut :-

1. Tadarus Pertama : 15/9/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Dr. Fauziah - 198, Burford Road
Aktiviti : Memasak bubur lambuk
Juzuk : 1 - 4 juzuk

2. Tadarus Kedua : 22/9/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Pn. Noralifah (Datin Nora) - 193, Noel Street
Aktiviti : Memasak Nasi Dagang
Juzuk : 5 - 8

3. Tadarus Ketiga : 30/9/2007 (Ahad)
Lokasi : Rumah Puan Halijah (Eija) - 16, Goodliffe Street
Tiada aktiviti
Juzuk : 9 - 12

4. Tadarus Ke empat : 6/10/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Puan Hana - 157, Burford Road
Tiada aktiviti
Juzuk : 13 - 21

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua rakan helwa yang memberikan sokongan dan sama-sama menyertai Majlis Tadarus ini setiap minggu. Bagi rakan-rakan helwa yang membaca sendiri di rumah juga amat-amat dihargai. Kami faham, ramai ibu-ibu dan isteri-isteri di sini yang tidak berpeluang menyertai program ini walaupun sebenarnya jauh di sudut hati terlalu ingin bersama-sama mengimarahkan lagi Ramadhan tahun ini.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran yang bakal berkunjung tidak lama lagi... Kemeriahannya sudah semakin terasa kini. Mohon maaf atas salah silap kami di sepanjang kami mengendalikan majlis dan aktiviti helwa. Terima kasih sekali lagi atas sokongan puan-puan sekalian. Semoga ukhwah akan berkekalan dan Insya Allah banyak lagi aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan di masa masa akan datang.

Di sepanjang bulan Syawal, aktiviti helwa akan ditangguhkan. Insya Allah bertemu kita semula pada 4 November 2007.

Sekian, wassalam.


laily dan zarina

puan hanna, roti yg tertinggal tu, tuan dia dah tuntut ke belum Mon 22-Oct-2007 22:51
Posted by:puan izan  - [Link]
hehehe izan, roti ye?.... mcm pernah kulihat, tapi di mana ya?... Sun 18-Nov-2007 11:29
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Oct-2007 06:23 Email | Share | | Bookmark
Nasi Biryani Dr. Farah Nora Aznieta Abdul Aziz

Dapatkan resepi Nasi Biryani Special daripada Dr. Farah Nora Aznieta Abdul Aziz di http://mrshenri.fotopages.com


Care to comment?


Sunday, 2-Sep-2007 22:12 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Helwa NMC - 2 September 2007

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...

Majlis Helwa NMC pada minggu ini telah diadakan pada 2.9.2007 (Ahad), jam 4.00 petang di rumah Puan Wahida Abd. Rahman (Ida) di 13, Clapham Road...




Aturcara Majlis

1. Bacaan Yassin....
2. Ceramah Persiapan Menyambut Ramadhan oleh Ustazah Asma' dari Leiceister
3. Sesi Perkenalan dengan ahli baru NMC
4. Perbincangan Aktiviti Tadarus di bulan Ramadhan
5. Demo Membuat Keropok Leko oleh Kak Fida
6. Jamuan Makan


Penceramah Undangan : Ustazah Asma' dari Leiceister


Bahan-bahan Keropok Leko


Bahan-bahan Sos



Cara-cara membuatnya :-
1. Asingkan ikan dari tulangnya


2. Kisar isi ikan


3. Masukkan tepung
4. Masukkan garam
5. Gaul ikan dan tepung ubi (tapioca), masukkan sedikit demi sedikit


6. Campuran isi ikan, tepung dan garam sedia untuk digulung


7. Gulungkan adunan tersebut


8. Keropok yang telah siap digulung


9. Rebus di dalam air mendidih


10. Keropok leko yang telah masak, akan timbul di permukaan air


11. Angkat dan toskan


Insya Allah akan diupdate dari masa ke semasa....
dah ngantuk sgt dah nie...
nak bukak mata pun dah tak larat....


best nyeeeeeeee.....sampai boleh bawa balik rumah ke? huwaaaaaaaa Wed 12-Sep-2007 16:44
Posted by:nora
beshnya siap ada demo tuh,kt sini,lum ada-sedihnye nanti nk trylh resipi ni Sun 25-Nov-2007 17:52
Posted by:ct-nik nsafiasabrina@yahoo.com  - [Link]
hai sabrina, silakan mencuba resepi nie... memang sedap...
nanti leh cuba wat dan hantor le ke notts ye...hehehehe...
Thu 29-Nov-2007 18:36
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 22-Aug-2007 11:43 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Helwa dan Demo Membuat Kuih Koci (19/8/2007)

Bergotong royong membuat kuih koci
Cikgu Yati membuat demo kuih koci tiga segi
Anak murid tekun mendengar arahan Cikgu Fatimah
View all 15 photos...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, perjumpaan kali pertama (musim baru) telah selamat berlangsung pada 19/8/2007 di rumah Pn Azimah Ab Aziz (Ima).

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yang sudi mengizinkan kami menyepahkan rumah.. hehehehehe... dan terima kasih juga dengan hidangan yang lazat lazat yang disedikan.. hehehe... tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan yang membawa hidangan sampingan... terima kasih daun keladi, next time bawa lah lagi... muhehehe...

Pertemuan yang lalu dimulai dengan bacaan Yassin.


Selesai bacaan Yassin, mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti helwa yang akan datang.

Selepas bermesyuarat, satu demo membuat kuih koci telah dikendalikan oleh Puan Fatimah bt. Hashim...


Berikut merupakan resepi kuih koci hasil air tangan kaktim...

Bahan-bahannya :-
1 bungkus tepung pulut
2 cawan air
2/3 sudu santan (option-untuk melemakkan)
Sedikit minyak (untuk disapu pada plastik/daun pisang)
Sedikit santan
Plastik untuk membungkus

Bahan untuk inti
Kelapa
Air
Gula pasir
Gula merah (brown sugar)



Cara membuat inti :-
1. Panaskan air di dalam kuali
2. Masukkan gula pasir dan gula merah atau gula kabung.
3. Kacaukan sehingga mendidih.
4. Masukkan kelapa dan kembangkan.
5. Kacau sehingga kering.
6. Bila dah kering, kecilkan api,masukkan sedikit tepung gandum dan gaul.. Bertujuan untuk melekatkan dan mencantikkan inti.

Cara membuatnya :-
1. Masukkan tepung ke dalam bekas.


2. Uli bersama air sedikit demi sedikit, sehingga tepung sebati dan 'just nice' untuk dicubit.



tepung yang telah siap diuli

3. Letakkan sedikit minyak ke atas plastik/daun pisang
4. Cubit tepung sedikit dan leperkan


5. Letakkan inti ditengah-tengah tepung


6. Tutupkan keseluruhan inti dengan tepung


7. Letakkan sedikit santan di atas tepung


8. Lipat plastik di kedua dua bahagian kiri dan kanan



9. Masukkan ke dalam bekas pengukus

10. Kukus selama lebih kurang 7-10 minit.
11. Siap untuk dihidangkan....

nota : boleh juga buat bentuk 3 segi... demo koci 3 segi telah dikendalikan oleh cikgu yati... hehehehe... (gambar lupa nak amik... hehehehe...)

Ima sorrylah ye nampaknya gambar cikgu yang banyak...nak buat camno cikgu lagi glamor dari adik....adik-adik yang lain dah tahu buat ye pas nih kak tim nak makan pulak kat rumah korang Thu 23-Aug-2007 04:40
Posted by:kak tim
ima, sori ek..... gambo host yg glemer takde arrr... len kali dok dpn kamera!... hahhaa...

p/s ada ni sekeping, tp takleh edit lak ari nie... later later akak update ...
Thu 23-Aug-2007 09:46
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
tu la pasal. penat je pakai foundation tebal2 tutup jerawat. buang masa den jok..hehhe...kak nora lg la kesian....penat je iron baju tu... Thu 23-Aug-2007 20:23
Posted by:ima
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 1-Aug-2007 12:42 Email | Share | | Bookmark
NMC Family Day 2007

Antara pemandangan di sekitar NMC Family Day 2007
[Ahad 29 Julai 2007]



Ramai jugak rupanya org malaysia Notts yer... Fri 10-Aug-2007 01:27
Posted by:Emma
ramai, best dan gempak!!! Mon 13-Aug-2007 08:57
Posted by:izansyahriah  - [Link]
Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 12:53 Email | Share | | Bookmark
Iklan Fotografi


Care to comment?


Sunday, 15-Jul-2007 19:31 Email | Share | | Bookmark
Yasin dan Facial 2.0

Dimulakan dengan Bismillah...


pada majlis kali ni....


Ramai yang telah berpeluang memanjakan diri pada sesi kali. Eija dan Kak Fida pun tak menang tangan menenyeh muka kengkawan ni. Apatah lagi Nami...sampai jadi orang yang terakhir dapat makan. Calon-calon Dr. yang sedang pulun 'bertapa' memang sangat sesuai diusap2...biar hilang mana2 urat yg tengah tegang tu...ni gambar sebelum dan semasa di 'facial' kan. Tapi saya terlupa nak ambil gambar selepas. Walau bagaimana pun memang berseri-seri hasilnya...


dan of course majlis kita ni hebat bila sampai part makan!!! Tabik springlah kat semua. Setiap kali mesti ramai je yg bawa juadah yg sedap-sedap. Memang double thumbs up kat laksa Kak Sha...sedapnya....


Ok jom ulangkaji semula bahan-bahan alami yang kita gunakan semasa facial hari tu...




Akhir kata sebelum mengundur diri...

tambahan sedikit dari email Kak Fida hari ni...
@-'-- Sorry semalam belum ucapkan terima kasih untuk Nora dan Min yang telah mengendalikan majlis BBQ kita. Nora siap bentang red carpet gitu....Min asyik dok bakar ayam sampai jadi pink. Berbanyak2 terima kasih. @-'--

Izan pulak...

Sorrilah kengkawan kalau font yang saya pilih tak jelas. Ada juga yang tersilap ejaan. Tak larat nak edit dah

Disudahi dengan Alhamdulillah...semoga semua ceria-ceria selalu

gaya photographer National Geographic dah ada dah tu... Thu 19-Jul-2007 04:57
Posted by:darth
I take it as a compliment. So Tenkiu. Thu 19-Jul-2007 08:52
Posted by:izansyahriah  - [Link]
gambar sebelum bakal2 doktor kita pun dah berseri...... Wed 25-Jul-2007 00:14
Posted by:ida  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 14:53 Email | Share | | Bookmark
Yasin dan Facial

 
 
 
View all 17 photos...
Assalamualaikum,

Barulah ada masa sket nak update fotopage ni. Terima kasih Kak Zai atas shot-shot pada hari Ahad lepas. Untuk pengetahuan kengkawan yang lain, banyak gambar-gambar semasa facial. Tetapi di atas sebab-sebab aurat, saya (izan) dah tapis. So yang dirasakan sesuai je saya upload. Kalau kengkawan nak gambar-gambar yang lain tu, bolehlah saya emailkan (di atas permintaan individu).

Sebelum revise semula cara-cara menjalankan rawatan wajah secara tradisional, biro HELWA NMC mengucapkan berbanyak terima kasih pada Pn Zai yg sudi jadi hos. Kesian Kak Zai ek...penat melayan cik kak-cik kak yg nak air panas, ais dan lain-lain. Terima kasih Nami sbb menurunkan ilmu facial kat kitorg. Pada semua yg datang pun mekasih ribu2. Meriah!!! Next two weeks ramailah cun-cun kat majlis yasin akan datang ni . Imah dah offer rumah dia untuk majlis dua minggu lagi. 10Q Imah. Ok...meh tengok gambar...

p/s: Berita terkini (posted 9/7/07), Yasin dua minggu lagi di rumah Kak Shanaz dulu.

Rawatan wajah secara tradisional. Menggunakan bahan-bahan yang alami gitu...

1. Mula-mula sediakan air panas (suam, kalau panas sangat melecur la plk). Dengan menggunakan kain, celup ke dalam air suam tadi dan lapkan seluruh muka.

2. Campurkan oat dan susu. Boleh blend sedikit.


3. Tepek (bahasa pasar) oat+susu tadi keseluruh muka. Kemudian buat urutan dengan jari. Jika campuran oat+susu dimuka agak kering, tepekkan sedikit susu. Teruskan urutan diseluruh muka dengan memberi tumpuan di bahagian yang ada white/black heads (apa nama Indonesianya ye Nami...lupa sungguh...komedo ke apa ek?) dan jeragat/pigmentasi. Madu juga sesuai disapukan ke muka untuk memhilangkan pigmentasi. Selesai urutan, biarkan oat+susu kering sedikit. Kemudian bersihkan dengan jari oat+susu yang telah kering dari muka.

4. Lap muka dengan kain basah (gunakan air suam baru yang bersih).

5. Cuci dan belah oren atau avocado.


6. Sapukan oren atau avocado ke muka mengikut jenis kulit masing-masing. Oren/jeruk untuk kulit yang berminyak atau berjerawat. Asid di dalam oren sesuai untuk 'menghambat' jerawat dan untuk mengeringkan kulit berminyak supaya kembali ke tahap kulit yang normal. Avocado untuk kulit yang kering. Ia mempunyai minyak yang boleh melembabkan kulit.

7. Putih telur boleh dijadikan masker.

8. Sapukan minyak zaiton/almond di leher.

9. Hiriskan timun memanjang (ikut istilah manufacturing traverse cros-sectional). Mana gambar timun ek? rasa macam ada tembak satu shot. Letakkan timun yang telah dihiris ke atas seluruh permukaan wajah. Biarkan sebentar. Timun bertindak sebagai toner.

10. Akhir sekali, lalukan ais keseluruh wajah untuk menutup semula pori-pori.

Assalamualaikum....bestnya aktiviti Helwa di Nottingham...rugi tak blajar di sana....teruskan usaha berkongsi ilmu sebegini...dapat kami yang lain buat pedoman....tq Thu 5-Jul-2007 16:55
Posted by:Amy  - [Link]
Betul best...sebab ada Kak Fida dan Izan...yg cool... Mon 9-Jul-2007 13:16
Posted by:nora
Add comment


Tuesday, 19-Jun-2007 14:04 Email | Share | | Bookmark
Yasin dan sambung senam...

 
 
 
View all 18 photos...
busy...busy...busy...kiter taruk gambar dulu. nanti kiter make-up semula entry ni bila 'angin puting beliung' stop.
~izan~

Thanks jutalion Laily untuk shot-shot yg menarik, sudi jadi hos majlis kali ni dan hidangan soto yg sedap

~Bacaan Yasin~


~Nyonyot time~


~Timbang~


~Senam~


~Makan~

kita pun dah 2x tak dapat nak join....sorry lah ek.....alamak rugi woooo....... Wed 20-Jun-2007 08:43
Posted by:CT
Dr. Siti kenapa dah lama takde ek? Busy packing barang ke beli barang lagi Wed 20-Jun-2007 11:06
Posted by:izansyahriah  - [Link]
betul la tu izan.....busy...busy....packing barang???.....mesia tanah air ku yang tercinta tu dah melambai-lambai panggil balik..... Thu 21-Jun-2007 07:16
Posted by:CT
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.