Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Jun-2007 14:25 Email | Share | | Bookmark
Senaman HELWA

Kak My...terima kasih kerana sudi jadi hos majlis kali ni
 
 
View all 12 photos...
Kencang...kencang... rupanya ada maksud lain perkataan ni di Indonesia ye....

Selepas majlis bacaan Yassin di rumah Kak Mai pada hari Ahad 3/6/07, Nami telah mengajar kami semua senaman kewanitaan gitu... Macam mana nak bersenam tu tak larat pula saya nak describe di FP ni. Karang tak siap plk PhD ni . Korang kena joinlah sambungan sesi senaman ni lagi dua minggu di rumah Laily. Rugi tau kalau tak datang. Meriah wooo . Di sini saya tulis sket petua-petua yang saya sempat catit dan cilok dari email yg cikinur hantar dulu tu dan yg dikongsikan oleh Nami dan kawan-kawan semua.

Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan. Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan.

Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum. Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi. Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).

Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

Semasa period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,
teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti:
Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong, makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

Amalkan MANDI SUSU, caranya :
Beli susu segar dalam kotak
Sapu susu seluruh muka dan badan
Biarkan kering
Bilang dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halba
· Jintan Manis
· Jintan Putih
· Kulit Kayu Manis
· Bunga Cengkih
· Serai wangi
· Daun Pandan
Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya dilumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan terakhir.

MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum
· Bunga Melor 3 kuntum
· Daun Pandan
· Serai wangi
Campur ke dalam air dan mandi pada bilasan terakhir.

RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT, CELAH
KELANGKANG DSB.

· Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.

Variasikan menu kerana setiap makanan ada khasiatnya tersendiri.


# kot sesiapa nak tambah nota di atas ni kabor2 le kat saya ek. Nanti saya add. Atau boleh tambah melalui ruangan 'care to comment'. tq.
~izan~


alamak...macam taekwando la plk... risau dah penghulu kot kuikui...sori kak fida


senaman otot muka akibat banyak gelak

salah urat nih yee....jgn risau...itulah proses kencang...so tambah kencang
oh ya, yg mananya salah urat....? .
Thu 7-Jun-2007 06:16
Posted by:nami
rasanya...salah urat sebab tak sabar2 nak diuji keberkesanannya... Fri 8-Jun-2007 22:45
Posted by:nora
Hati2 ya ... nami tak mau tanggung kalo jadi demam...karna sangat
berkesan,...
Jangan lupa dilatih terus ya....???!!? so kencang terussss
Thu 21-Jun-2007 16:12
Posted by:nami
View all 4 comments Add comment


Sunday, 20-May-2007 06:42 Email | Share | | Bookmark
Yassin dan Tazkirah - Peranan Muslimah Masa Kini

Tazkirah disampaikan Ustazah Asma'
 
 
View all 8 photos...

Care to comment?


Wednesday, 9-May-2007 14:10 Email | Share | | Bookmark
Yassin & BBQ ramah-mesra Helwa 7/5/2007 di rumah Pn Nora

 
 
 
View all 28 photos...
Majlis bacaan Yassin ~ memperkenalkan Kak Norhayati dan anak-anak, warga Notts paling terkini (gambar kiri) ~ Gambar belah kanan tak perlu diperkenalkan lagi...sudah cukup glamer


Antara juadah...sorry tak ambil banyak gambar makanan sebab dah payah nak menyelit lepas juadah dah kena serbu


Ubai


Anak-anak Notts ceria-ceria sokmo


@-,-- izansyahriah

salam, tumpang tanya ada tak puan Yasmin(suami- azani) belajar di sana..terima kasih. Wed 16-May-2007 16:18
Posted by:haiffa ummuammar@gmail.com
haiffa, ada...banyak gambar kak min tgh bakar ayam kat dalam entry ni. Wed 16-May-2007 17:53
Posted by:izansyahriah  - [Link]
terima kasih,,,sampaikan salam saya..saya sekarang kat edinburg Thu 17-May-2007 13:55
Posted by:haiffa ummammar@gmail.com
View all 5 comments Add comment


Monday, 23-Apr-2007 16:19 Email | Share | | Bookmark
Yassin, ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan demo menghias kek

Sejurus selepas bacaan Yassin...
Awin, Nasiibah dan K. Hanny sedang dengar...
ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah (dr tape)
View all 28 photos...
13 Petua Berkomunikasi dengan Anak

oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah
dr nota izan (kot tersilap catit kengkawan tolong baiki ek)

1. Jangan perkecilkan kebolehan anak
2. Jangan sebut perkataan-perkataan yang negatif
3. Padamkan rekod lama yang telah terbentuk dalam fikiran anak
4. Banyakkan belaian positif
5. Dengar dengan aktif dan teliti tindak-tanduk anak
6. Gunakan teknik-teknik penyampaian yang berkesan
7. Selesaikan segala masalah rumah-tangga bersama-sama dengan anak
8. Nyatakan tentangan kita dengan berhikmah
9. Tunjukkan penghormatan dan kasih-sayang kepada anak
10. Displinkan anak-anak dengan hikmah
11. Nasihat secara dakwah bil hal (menunjukkan contoh kpd anak dengan perbuataan kita sendiri)
12. Ambil tindakan dan komunikasi mengikut keadaan anak
13. Banyakkan doa dalam menyokong kita dalam usaha berkomunikasi dengan anak




250gram unsalted butter
1 cup icing sugar
****kalau nampak mcm keras, campur 1 sudu 'fresh milk'****
Tue 24-Apr-2007 15:49
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
k.fida, bday tak lama lagi nie... next month je nie...
nak gak merasa camne rasa strawberi celup coklat tu.. hehehe...
Tue 24-Apr-2007 15:51
Posted by:laily lailymus@gmail.com  - [Link]
Bertuahnya Fida ni. Macam2 kebolehan. pandai pulak tu Wed 9-May-2007 17:08
Posted by:zalila
View all 6 comments Add comment


Monday, 19-Mar-2007 10:47 Email | Share | | Bookmark
Flower arrangement 2 selepas Yassin & Perbincangan sesi 8

Majlis diadakan di rumah Ummi Muadz
Antara peserta yg telah bersedia utk mengembangkn bakat gubah2an
Kelas teori dr Kak Fida
View all 13 photos...
Teori dan praktikal

(1)



Lazy 'S' yang digubah oleh Kak Fida...cun kan? Nasiibah tuannya...jeles tak?
@-,-- sorry ek, kiter saje nak enter frame kat dlm mirror tu

(2)



Gubahan Kak Yati. Mana boleh challenge, dia 'pernah ada kedai bunga'

(3)



Hasil kerja tangan Awin dan Namita. Cantiquelah...

(4)



Ikebana gubahan Kak Tim, Kak Yati dan Kak Zarina. Simple and sweet.

(5)



Center piece...kat mana Kak Tim nak letak bunga yg Kak Fida gubah ni ek?

Kak Nora nak Ida mana ni ek? Untuk Ida Isk just click di [Link] sebelah nama Ida Isk tu. Kalau untuk Wahida (Azman), saya ada letak link di bawah tag NMCians atau click di sini ~ http://wahidarahman.fotopages.com/ Tue 20-Mar-2007 12:52
Posted by:izansyahriah  - [Link]
alahai..sue memang minat bunga2 plastik gubahan ni..tapi tak pandai gubah..Alamak, wakil sana bleh le tolong ajar2 kan sue ye..tunjuk le step by step Kat sini nak beli bunga plastik camtu kat mana ye Wed 28-Mar-2007 16:59
Posted by:sue  - [Link]
sue, akak-akak saya kat sini kata, diorang beli kat carboot bunga-bunga tu. saya pun macam tak percaya kat carboot boleh jumpa bunga cantik-cantik macam tu. (macam mana nak jumpa pun, saya pergi carboot setahun sekali ) Thu 29-Mar-2007 19:27
Posted by:izansyahriah  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 11-Mar-2007 22:36 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Maal Hijrah 1428

 
 
 
View all 11 photos...

Care to comment?


Monday, 5-Mar-2007 15:06 Email | Share | | Bookmark
Demo Peach Crumble di Majlis Yassin & Perbincangan sesi ke-7

Majlis kali ini diadakan di rumah K.Yati
Majlis dimulakan dengan demo Peach Crumble. Students dah ready.
Tok, K.Fauziah dan K.Zan
View all 30 photos...
@ Peach Crumble @

Bahan-bahan
2 tin peach
250 gram butter
250 gram gula
500 gram tepung gandum

1 biji telur (bukan sebakul daaa....)


Sebungkus instant custard. Asda smart price pun sodap.

Cara-cara


1. Sediakan bahan-bahan


2. Gaulkan (crumble) butter tepung dan gula


3. Crumble


4. Sementara itu grease mangkuk dengan butter dan...


5. Panaskan oven. Gas Mark 5.


6.Susun peach di bawah bekas


7. Taburkan crumble butter, tepung dan gula


8.Pukul telur dan sapukan atas crumble


9.Bakar pada suhu 200C selama 20-30 minit


10.Makan bersama custard


Izan tak kiralah nak double ker atau nak kurangkan adunan tapi basic conceptnya berat butter dan gula mestilah sama manakala berat tepung mestilah satu kali ganda daripada berat butter dan gula tuh.So contohnya kalau nak dublekan adunan nih butter dan gula beratnya masing-masing ialah 500 gram manakala tepung pula 1000 gram. Mon 5-Mar-2007 21:35
Posted by:Fatimah binti Hashim fatimahhashim@yahoo.com
assalammualaikum, macam menarik je resepi tu ..bleh tahu camane rasanye yer? lepas bakar baru makan ngan custard tu yer? T.kasih. Wed 7-Mar-2007 10:35
Posted by:sue  - [Link]
sue, w'salam...rasa peach crumble ni sedap...nak describe rasanya secara specific tak reti tapi of course ada rasa peach (kak tim kata taruk buah lain pun boleh)...yup lepas siap bakar, potong dan makan dengan custard. makan tanpa custard pun boleh tapi personally kiter rasa ada custard lagi best. Wed 7-Mar-2007 14:26
Posted by:izansyahriah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 19-Feb-2007 23:15 Email | Share | | Bookmark
Yassin & Perbincangan Wanita sesi-6 dan Demo Menggunting

main course dah hidang...
air dan dessert pun ada...
peserta dah standby...
View all 25 photos...
Majlis kali ini telah diadakan di rumah Dr Siti Mariam. Terima kasih Dr. kerana sudi jadi hos dan menghidangkan laksa yang yummy yum. Kak Syikin telah begitu sabar mengajar kami cara-cara mengambil ukuran dan menggunting kain untuk membuat baju kurung Malaysia. Segala soalan mencabar yang diajukan oleh para peserta telah dijawab dengan tenang oleh Kak Syikin. Kebanyakan peserta tak pernah menggunting kain tapi imaginasi mereka (termasuk penulis) asik2 maju setapak dr cikgu. Nasib baik cikgu kewl

Cara-cara mengambil ukuran badan


1. Bahu - ambil ukuran dr bahu kanan ke kiri melalui bahagian belakang (sestengah orang ada bahagian belakang yg ternaik sedikit). Lebihkan 1/2" disetiap bahagian kiri dan kanan untuk basi/kelim. Contoh: Ukuran - 44cm + Kelim 1/2" kanan + Kelim 1/2" kiri.


2. Labuh baju - ambil ukuran dari tulang bahu hingga ke bawah lulut melalui dada.


3. Labuh tangan - tangan dibengkokkan sedikit. ambil ukuran dari bahu sehingga pergelangan tangan.


4. Lubang tangan/ketiak - ambil ukur lilit dan lebihkan ukuran dengan memasukkan dua jari. Bergantung pada jenis kain, jika kain yang 'fragile' lebihkan sedikit ukuran untuk beri lebih 'flexibity' jadi kain tidak mudah tertetas jahitan. Untuk baju kurung Malaysia asli, ukur lilit dihujung pergelangan tangan sama dengan ukur lilit di ketiak. Tetapi ukur lilit boleh berubah jika hendak jahit baju kurung moden.


5. Pinggang - ambil ukur lilit pinggang dan lebihkan ukuran dengan memasukkan dua jari.

6. Labuh kain - ambil ukuran dari pinggang hingga ke lantai. Lebihkan ukuran supaya kain tidak tergantung apabila memakai kasut tinggi.

7. Punggung - ambil ukur lilit punggung dan lebihkan ukuran sebanyak dua jari.

Selesai mengambil ukuran bolehlah mula menggunting kain. Kak Shikin kata, hari yang elok untuk menggunting kain ialah hari Isnin, Khamis dan Jumaat (eh sama macam hari yang sunat potong kuku )
# Cara-cara memotong kain tu insyaAllah saya akan upload di helwanmc@yahoogroup. Kalau saya tak sempat nak draw semula steps utk memotong tu, saya akan upload nota Kak Shahnaz dulu, temporarily. ~izan~

terkejut jugak baca tajuknya ingatkan menggunting apa tadi,, rupanya nak buat baju,, alhamdulillah, bertambah ilmu korang Tue 20-Feb-2007 18:53
Posted by: Emma  - [Link]
uisssh,best gak belajar menjahit ni. Dah lama tak menjahit baju kurung, mata lalat le.eii dah lupa dah 2 tahun lepas pun jahit langsir je. Thu 22-Feb-2007 13:10
Posted by:sue  - [Link]
baru menggunting je tu...next agenda la kot belajo menjahit. kalau dah gunting tapi tak reti jahit haru gak Thu 22-Feb-2007 13:39
Posted by:izansyahriah  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Feb-2007 12:51 Email | Share | | Bookmark
Majlis Yassin & Perbincangan sesi-5 dan Kelas Gubahan Bunga

 
 
 
View all 5 photos...
Majlis telah diadakan di rumah Kak Nasiroh semalam, Ahad (5/2/07) bermula jam 2 ptg. Terima kasih Kak Nas kerana sudi jadi host . Kelas gubahan bunga telah dikendalikan oleh Kak Fida.

p/s: Kiter tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut program ni sbb kiter tak dapat hadir Hopefully nanti kengkawan yang hadir boleh bagi comment sket tentang majlis tersebut diruangan 'Care to Comment?' mekasih ~izan~


Cantiknya gubahan ni....saper tuannya tu? Untungnya....



Bestnya kelas ni...boleh belajar sambil makan ye K.Shikin . Bestnya dpt cikgu sporting...

Care to comment?


Sunday, 4-Feb-2007 11:38 Email | Share | | Bookmark
Gotong-royong bungkus hadiah

with helwa-junior nmc...Ilham pun tolong juga
Kak Nora dah pro...buleh bungkus sorg2
Ina, Kak Min, Dr Siti dan Kak Nora
View all 6 photos...
Gambar-gambar semasa gotong-royong membungkus hadiah-hadiah Sukan Musim Sejuk di rumah Kak Fida. Thanks kepada semua yang datang masa tu





Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.