Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Feb-2007 23:15 Email | Share | Bookmark
Yassin & Perbincangan Wanita sesi-6 dan Demo Menggunting

main course dah hidang...
air dan dessert pun ada...
peserta dah standby...
Kak Syikin boleh start demo.
mula-mula ambil ukuran bahu
pehtu tangan. tangan dibengkok sedikit.
 
ambil ukuran labuh baju.
petua menentukan kedudukan pinggang
ambil ukuran pinggang
gunting kertas je. esok2 dah power baru gunting kain euro moda
asingkan kain 4m ke 2m, 2m
kak zalilah menggunting
tandakan bulatan leher
potong kain untuk lengan
baju poly pocket
baju barbie
bahagian baju
tak lama lg aina dan aliya dpt baju kurung baru ler ni
 
nota kak shanaz...complete...
refreshment bertemakan kung hey fat choy
jahit tulang belut. 1, 2, 3 kaki...
Patah blk 2,1.Susup bwh benang ke blkg.1,2, kaki baru...dapat?
 
Majlis kali ini telah diadakan di rumah Dr Siti Mariam. Terima kasih Dr. kerana sudi jadi hos dan menghidangkan laksa yang yummy yum. Kak Syikin telah begitu sabar mengajar kami cara-cara mengambil ukuran dan menggunting kain untuk membuat baju kurung Malaysia. Segala soalan mencabar yang diajukan oleh para peserta telah dijawab dengan tenang oleh Kak Syikin. Kebanyakan peserta tak pernah menggunting kain tapi imaginasi mereka (termasuk penulis) asik2 maju setapak dr cikgu. Nasib baik cikgu kewl

Cara-cara mengambil ukuran badan


1. Bahu - ambil ukuran dr bahu kanan ke kiri melalui bahagian belakang (sestengah orang ada bahagian belakang yg ternaik sedikit). Lebihkan 1/2" disetiap bahagian kiri dan kanan untuk basi/kelim. Contoh: Ukuran - 44cm + Kelim 1/2" kanan + Kelim 1/2" kiri.


2. Labuh baju - ambil ukuran dari tulang bahu hingga ke bawah lulut melalui dada.


3. Labuh tangan - tangan dibengkokkan sedikit. ambil ukuran dari bahu sehingga pergelangan tangan.


4. Lubang tangan/ketiak - ambil ukur lilit dan lebihkan ukuran dengan memasukkan dua jari. Bergantung pada jenis kain, jika kain yang 'fragile' lebihkan sedikit ukuran untuk beri lebih 'flexibity' jadi kain tidak mudah tertetas jahitan. Untuk baju kurung Malaysia asli, ukur lilit dihujung pergelangan tangan sama dengan ukur lilit di ketiak. Tetapi ukur lilit boleh berubah jika hendak jahit baju kurung moden.


5. Pinggang - ambil ukur lilit pinggang dan lebihkan ukuran dengan memasukkan dua jari.

6. Labuh kain - ambil ukuran dari pinggang hingga ke lantai. Lebihkan ukuran supaya kain tidak tergantung apabila memakai kasut tinggi.

7. Punggung - ambil ukur lilit punggung dan lebihkan ukuran sebanyak dua jari.

Selesai mengambil ukuran bolehlah mula menggunting kain. Kak Shikin kata, hari yang elok untuk menggunting kain ialah hari Isnin, Khamis dan Jumaat (eh sama macam hari yang sunat potong kuku )
# Cara-cara memotong kain tu insyaAllah saya akan upload di helwanmc@yahoogroup. Kalau saya tak sempat nak draw semula steps utk memotong tu, saya akan upload nota Kak Shahnaz dulu, temporarily. ~izan~

terkejut jugak baca tajuknya ingatkan menggunting apa tadi,, rupanya nak buat baju,, alhamdulillah, bertambah ilmu korang Tue 20-Feb-2007 18:53
Posted by: Emma  - [Link]
uisssh,best gak belajar menjahit ni. Dah lama tak menjahit baju kurung, mata lalat le.eii dah lupa dah 2 tahun lepas pun jahit langsir je. Thu 22-Feb-2007 13:10
Posted by:sue  - [Link]
baru menggunting je tu...next agenda la kot belajo menjahit. kalau dah gunting tapi tak reti jahit haru gak Thu 22-Feb-2007 13:39
Posted by:izansyahriah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.