Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Jun-2007 14:25 Email | Share | Bookmark
Senaman HELWA

Kak My...terima kasih kerana sudi jadi hos majlis kali ni
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kencang...kencang... rupanya ada maksud lain perkataan ni di Indonesia ye....

Selepas majlis bacaan Yassin di rumah Kak Mai pada hari Ahad 3/6/07, Nami telah mengajar kami semua senaman kewanitaan gitu... Macam mana nak bersenam tu tak larat pula saya nak describe di FP ni. Karang tak siap plk PhD ni . Korang kena joinlah sambungan sesi senaman ni lagi dua minggu di rumah Laily. Rugi tau kalau tak datang. Meriah wooo . Di sini saya tulis sket petua-petua yang saya sempat catit dan cilok dari email yg cikinur hantar dulu tu dan yg dikongsikan oleh Nami dan kawan-kawan semua.

Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan. Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan.

Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum. Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi. Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).

Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

Semasa period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,
teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti:
Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong, makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

Amalkan MANDI SUSU, caranya :
Beli susu segar dalam kotak
Sapu susu seluruh muka dan badan
Biarkan kering
Bilang dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halba
· Jintan Manis
· Jintan Putih
· Kulit Kayu Manis
· Bunga Cengkih
· Serai wangi
· Daun Pandan
Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya dilumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan terakhir.

MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum
· Bunga Melor 3 kuntum
· Daun Pandan
· Serai wangi
Campur ke dalam air dan mandi pada bilasan terakhir.

RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT, CELAH
KELANGKANG DSB.

· Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.

Variasikan menu kerana setiap makanan ada khasiatnya tersendiri.


# kot sesiapa nak tambah nota di atas ni kabor2 le kat saya ek. Nanti saya add. Atau boleh tambah melalui ruangan 'care to comment'. tq.
~izan~


alamak...macam taekwando la plk... risau dah penghulu kot kuikui...sori kak fida


senaman otot muka akibat banyak gelak

dengar kaba ada yg sakit urat keesokkannya...hmmm...wonder...hmmhmmmhmmm Thu 7-Jun-2007 01:01
Posted by:nora
salah urat nih yee....jgn risau...itulah proses kencang...so tambah kencang
oh ya, yg mananya salah urat....? .
Thu 7-Jun-2007 06:16
Posted by:nami
rasanya...salah urat sebab tak sabar2 nak diuji keberkesanannya... Fri 8-Jun-2007 22:45
Posted by:nora
Hati2 ya ... nami tak mau tanggung kalo jadi demam...karna sangat
berkesan,...
Jangan lupa dilatih terus ya....???!!? so kencang terussss
Thu 21-Jun-2007 16:12
Posted by:nami


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.