Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jul-2007 14:53 Email | Share | Bookmark
Yasin dan Facial

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
cis kek
 
 
 
 
 
rajinnya izan...(ditulis oleh izan sendiri...muhaha)
Assalamualaikum,

Barulah ada masa sket nak update fotopage ni. Terima kasih Kak Zai atas shot-shot pada hari Ahad lepas. Untuk pengetahuan kengkawan yang lain, banyak gambar-gambar semasa facial. Tetapi di atas sebab-sebab aurat, saya (izan) dah tapis. So yang dirasakan sesuai je saya upload. Kalau kengkawan nak gambar-gambar yang lain tu, bolehlah saya emailkan (di atas permintaan individu).

Sebelum revise semula cara-cara menjalankan rawatan wajah secara tradisional, biro HELWA NMC mengucapkan berbanyak terima kasih pada Pn Zai yg sudi jadi hos. Kesian Kak Zai ek...penat melayan cik kak-cik kak yg nak air panas, ais dan lain-lain. Terima kasih Nami sbb menurunkan ilmu facial kat kitorg. Pada semua yg datang pun mekasih ribu2. Meriah!!! Next two weeks ramailah cun-cun kat majlis yasin akan datang ni . Imah dah offer rumah dia untuk majlis dua minggu lagi. 10Q Imah. Ok...meh tengok gambar...

p/s: Berita terkini (posted 9/7/07), Yasin dua minggu lagi di rumah Kak Shanaz dulu.

Rawatan wajah secara tradisional. Menggunakan bahan-bahan yang alami gitu...

1. Mula-mula sediakan air panas (suam, kalau panas sangat melecur la plk). Dengan menggunakan kain, celup ke dalam air suam tadi dan lapkan seluruh muka.

2. Campurkan oat dan susu. Boleh blend sedikit.


3. Tepek (bahasa pasar) oat+susu tadi keseluruh muka. Kemudian buat urutan dengan jari. Jika campuran oat+susu dimuka agak kering, tepekkan sedikit susu. Teruskan urutan diseluruh muka dengan memberi tumpuan di bahagian yang ada white/black heads (apa nama Indonesianya ye Nami...lupa sungguh...komedo ke apa ek?) dan jeragat/pigmentasi. Madu juga sesuai disapukan ke muka untuk memhilangkan pigmentasi. Selesai urutan, biarkan oat+susu kering sedikit. Kemudian bersihkan dengan jari oat+susu yang telah kering dari muka.

4. Lap muka dengan kain basah (gunakan air suam baru yang bersih).

5. Cuci dan belah oren atau avocado.


6. Sapukan oren atau avocado ke muka mengikut jenis kulit masing-masing. Oren/jeruk untuk kulit yang berminyak atau berjerawat. Asid di dalam oren sesuai untuk 'menghambat' jerawat dan untuk mengeringkan kulit berminyak supaya kembali ke tahap kulit yang normal. Avocado untuk kulit yang kering. Ia mempunyai minyak yang boleh melembabkan kulit.

7. Putih telur boleh dijadikan masker.

8. Sapukan minyak zaiton/almond di leher.

9. Hiriskan timun memanjang (ikut istilah manufacturing traverse cros-sectional). Mana gambar timun ek? rasa macam ada tembak satu shot. Letakkan timun yang telah dihiris ke atas seluruh permukaan wajah. Biarkan sebentar. Timun bertindak sebagai toner.

10. Akhir sekali, lalukan ais keseluruh wajah untuk menutup semula pori-pori.

Assalamualaikum....bestnya aktiviti Helwa di Nottingham...rugi tak blajar di sana....teruskan usaha berkongsi ilmu sebegini...dapat kami yang lain buat pedoman....tq Thu 5-Jul-2007 16:55
Posted by:Amy  - [Link]
Betul best...sebab ada Kak Fida dan Izan...yg cool... Mon 9-Jul-2007 13:16
Posted by:nora


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.