Ramai yang telah berpeluang memanjakan diri pada sesi kali. Eija dan Kak Fida pun tak menang tangan menenyeh muka kengkawan ni. Apatah lagi Nami...sampai jadi orang yang terakhir dapat makan. Calon-calon Dr. yang sedang pulun 'bertapa' memang sangat sesuai diusap2...biar hilang mana2 urat yg tengah tegang tu...ni gambar sebelum dan semasa di 'facial' kan. Tapi saya terlupa nak ambil gambar selepas. Walau bagaimana pun memang berseri-seri hasilnya...
dan of course majlis kita ni hebat bila sampai part makan!!! Tabik springlah kat semua. Setiap kali mesti ramai je yg bawa juadah yg sedap-sedap. Memang double thumbs up kat laksa Kak Sha...sedapnya....
Ok jom ulangkaji semula bahan-bahan alami yang kita gunakan semasa facial hari tu...
Akhir kata sebelum mengundur diri... tambahan sedikit dari email Kak Fida hari ni... @-'-- Sorry semalam belum ucapkan terima kasih untuk Nora dan Min yang telah mengendalikan majlis BBQ kita. Nora siap bentang red carpet gitu....Min asyik dok bakar ayam sampai jadi pink. Berbanyak2 terima kasih. @-'--
Izan pulak... Sorrilah kengkawan kalau font yang saya pilih tak jelas. Ada juga yang tersilap ejaan. Tak larat nak edit dah
Disudahi dengan Alhamdulillah...semoga semua ceria-ceria selalu
Izan, CANTIK SANGAT Izan buat gambar2 kat fotopages ni.... kalau boleh nak kekalkan je Izan & K.Fida sebagai AJK Helwa... hehehe.... bakat2 yang susah dicari! Izan, K.Sha mintak sesangat Izan letak gambar yang akak ambik - gambar Izan tengah "in action" pegang camera (orang sebalik tabir!)... please please pretty please.....
Wed 18-Jul-2007 13:59 Posted by:Sha
Terima kasih Kak Sha...
Permintaan Kak Sha telah diperkenankan
Wed 18-Jul-2007 17:07 Posted by:izansyahriah
Best..best..best..fantastic pictures! ..tapi Izan, kzai kena besarkan mata dan rapatkan jurang antara monitor ngan bebola mata untuk baca intipati ucapan tu..Btw, GREAT JOB..
tu arh...masa tengah buat picture editing nampak tulisan tu cam ok tapi bila dah upload rupanya tak clear. masa pulak memang mencemburui kiter. memang takde chance nak patah balik utk edit. so redha je ler ye
Thu 19-Jul-2007 04:50 Posted by:izansyahriah
gaya photographer National Geographic dah ada dah tu...