Perjumpaan Helwa dan Demo Membuat Kuih Koci (19/8/2007)
Bergotong royong membuat kuih koci
Cikgu Yati membuat demo kuih koci tiga segi
Anak murid tekun mendengar arahan Cikgu Fatimah
Buat betul-betul, jangan beso beso sangat... hehhehe
Anak murid sedang menunjuk bakat
cheese cake
kuih lopis
agar-agar
murtabak
roti jala
mi kari
sup
bubur jagung
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, perjumpaan kali pertama (musim baru) telah selamat berlangsung pada 19/8/2007 di rumah Pn Azimah Ab Aziz (Ima).
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yang sudi mengizinkan kami menyepahkan rumah.. hehehehehe... dan terima kasih juga dengan hidangan yang lazat lazat yang disedikan.. hehehe... tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan yang membawa hidangan sampingan... terima kasih daun keladi, next time bawa lah lagi... muhehehe...
Pertemuan yang lalu dimulai dengan bacaan Yassin.
Selesai bacaan Yassin, mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti helwa yang akan datang.
Selepas bermesyuarat, satu demo membuat kuih koci telah dikendalikan oleh Puan Fatimah bt. Hashim...
Berikut merupakan resepi kuih koci hasil air tangan kaktim...
Bahan-bahannya :- 1 bungkus tepung pulut
2 cawan air
2/3 sudu santan (option-untuk melemakkan)
Sedikit minyak (untuk disapu pada plastik/daun pisang)
Sedikit santan
Plastik untuk membungkus
Bahan untuk inti Kelapa
Air
Gula pasir
Gula merah (brown sugar)
Cara membuat inti :- 1. Panaskan air di dalam kuali
2. Masukkan gula pasir dan gula merah atau gula kabung.
3. Kacaukan sehingga mendidih.
4. Masukkan kelapa dan kembangkan.
5. Kacau sehingga kering.
6. Bila dah kering, kecilkan api,masukkan sedikit tepung gandum dan gaul.. Bertujuan untuk melekatkan dan mencantikkan inti.
Cara membuatnya :- 1. Masukkan tepung ke dalam bekas.
2. Uli bersama air sedikit demi sedikit, sehingga tepung sebati dan 'just nice' untuk dicubit.
tepung yang telah siap diuli
3. Letakkan sedikit minyak ke atas plastik/daun pisang
4. Cubit tepung sedikit dan leperkan
5. Letakkan inti ditengah-tengah tepung
6. Tutupkan keseluruhan inti dengan tepung
7. Letakkan sedikit santan di atas tepung
8. Lipat plastik di kedua dua bahagian kiri dan kanan
9. Masukkan ke dalam bekas pengukus
10. Kukus selama lebih kurang 7-10 minit.
11. Siap untuk dihidangkan....
nota : boleh juga buat bentuk 3 segi... demo koci 3 segi telah dikendalikan oleh cikgu yati... hehehehe... (gambar lupa nak amik... hehehehe...)
Kak Tim....kalau tak reti2 jugak bebudak nih...pial telinga diaorang...
Wed 22-Aug-2007 14:40 Posted by:nora
tak aci tul. gambar tuan rumah yg glamor takde ker?
Wed 22-Aug-2007 20:50 Posted by:ima
Ima, lain kali Ima kena buat demo masak apa2 lah. Baru glamor, dpt masuk gambar byk2! Anyway, K.Sha nak puji lah Ima coz masak mcm2 hidangan & sedap2 pulak tu! Thumbs up!!!
Wed 22-Aug-2007 22:07 Posted by:Sha
kesian ko ima...len kali nampak je kak laily nak tembak gambar cecepat ko lompat depan lense imah tq sediakan mknan shedap shedap bravo kak laily!!! entry cun.....
Ima sorrylah ye nampaknya gambar cikgu yang banyak...nak buat camno cikgu lagi glamor dari adik....adik-adik yang lain dah tahu buat ye pas nih kak tim nak makan pulak kat rumah korang
Thu 23-Aug-2007 04:40 Posted by:kak tim
ima, sori ek..... gambo host yg glemer takde arrr... len kali dok dpn kamera!... hahhaa...
p/s ada ni sekeping, tp takleh edit lak ari nie... later later akak update ...