 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Helwa Nottingham's FotoPage
 By: Helwa Nottingham Malaysian Community
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 18-Oct-2007 13:23 |
Email | Share | Bookmark |
|
TADARUS HELWA
|
 |
|
aktiviti minggu kedua tadarus - nasi dagang
|
|
 |
|
nasi dagang chef nasibah
|
|
 |
|
chef nasibah dan pembantu
|
|
 |
|
bergotong royong
|
|
 |
|
chef nora a.k.a. tuan rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
salam kasih sayang buat rakan-rakan helwa sekalian....
Syukur Alhamdulillah... Majlis Tadarus HelwaNMC telah dijalankan setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini... Sebagai makluman, sebanyak 21 juzuk telah habis dibaca.
Insya Allah, pihak helwa bercadang untuk meneruskan bacaan tadarus ini selepas hari raya bagi melengkapkan bacaan kita dan seterusnya mengadakan Majlis Penutup Tadarus.
Ringkasan kepada aktiviti mingguan ini adalah seperti berikut :-
1. Tadarus Pertama : 15/9/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Dr. Fauziah - 198, Burford Road
Aktiviti : Memasak bubur lambuk
Juzuk : 1 - 4 juzuk
2. Tadarus Kedua : 22/9/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Pn. Noralifah (Datin Nora) - 193, Noel Street
Aktiviti : Memasak Nasi Dagang
Juzuk : 5 - 8
3. Tadarus Ketiga : 30/9/2007 (Ahad)
Lokasi : Rumah Puan Halijah (Eija) - 16, Goodliffe Street
Tiada aktiviti
Juzuk : 9 - 12
4. Tadarus Ke empat : 6/10/2007 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Puan Hana - 157, Burford Road
Tiada aktiviti
Juzuk : 13 - 21
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua rakan helwa yang memberikan sokongan dan sama-sama menyertai Majlis Tadarus ini setiap minggu. Bagi rakan-rakan helwa yang membaca sendiri di rumah juga amat-amat dihargai. Kami faham, ramai ibu-ibu dan isteri-isteri di sini yang tidak berpeluang menyertai program ini walaupun sebenarnya jauh di sudut hati terlalu ingin bersama-sama mengimarahkan lagi Ramadhan tahun ini.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran yang bakal berkunjung tidak lama lagi... Kemeriahannya sudah semakin terasa kini. Mohon maaf atas salah silap kami di sepanjang kami mengendalikan majlis dan aktiviti helwa. Terima kasih sekali lagi atas sokongan puan-puan sekalian. Semoga ukhwah akan berkekalan dan Insya Allah banyak lagi aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan di masa masa akan datang.
Di sepanjang bulan Syawal, aktiviti helwa akan ditangguhkan. Insya Allah bertemu kita semula pada 4 November 2007.
Sekian, wassalam.
laily dan zarina
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|