 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Helwa Nottingham's FotoPage
 By: Helwa Nottingham Malaysian Community
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 17:07 |
Email | Share | Bookmark |
|
Aktiviti Helwa - 16 Februari 2008 (Sabtu)
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
rakan helwa yang disayangi sekalian...
Alhamdulillah, perjumpaan helwa minggu ini diadakan di rumah Puan Maizatul, beralamat di 237 Noel Street... Kak Mai akan meninggalkan bumi Notingham ini tanggal 2 Mac 2008. Selamat pulang ke tanahair dan Selamat maju jaya rakan-rakan helwa ucapkan...
Sebagaimana biasa, aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan bacaan Yasin... Terima kasih kepada semua rakan yang hadir...
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti membungkus hamper sempena Karnival Sukan Musim Sejuk (SMS 2008) yang akan diadakan pada minggu hadapan (24 Februari 2008).
Barisan hamper yang akan menjadi rebutan minggu depan....
Hadiah tempat pertama, dengan bow besar
Hadiah tempat kedua, hasil air tangan Kakyati, kak Zalinah dan Rosmayati
Hadiah tempat ketiga, eh! rosmayati lagi dan kak CT (Ujang) lagi?...
Hadiah tempat ke empat, yang mengambil masa paling lama untuk disediakan...
Hadiah tempat ke lima, paling awal siap...
Hadiah tempat ke enam, ada bow-tie gak...
Ish ish... dah mcm pertandingan membungkus hamper plak gayanyer...
Antara juadah yang disediakan...
terima kasih kepada rakan helwa yang membawa hidangan yang enak-enak belaka... dan terima kasih juga kepada kak Mai yang menyediakan mee lada hitam yang membuatkan yati membuka cerita tentang rahsia perkhemahan mereka.. hahahaha....
Helwa juga ingin mengucapkan salam perpisahan kepada ALONG yang telah pulang ke Malaysia pada hari Ahad, 17 Februari 2008. Terima kasih kepada Along yang sering bersama aktiviti helwa...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|