Helwa kali ini berlangsung di rumah Puan Dalina Adan. Terima kasih Dalina kerana mengizinkan teratak 2 tingkatmu dijadikan pusat untuk kami kaum hawa berkumpul kali ini.
Antara agenda yang sempat dilaksanakan mengikut perancangan pada hari itu ialah bacaan yasiin, muqaddimah kelas tajwid oleh ustazah Farizah dan demo membuat sushi oleh puan rumah kita, Dalina. Aktiviti lain yang seakan wajib biasalah makan sambil borak hal ehwal semasa....
Alhamdulillah kedatangan pada hari tersebut sungguh menggalakkan dan insyAllah berkekalan ukhwah yang terjalin ini.
Kepada mereka diluar yang dah lama menunggu resepi membuat sushi....disini saya realisasikan impian auda2 sume.....senang..simple...dan cepat dimasak sedap dimakan....
Ulasan gambar diatas...
1.Setengah sudu teh garam dan sesudu teh gula untuk ukuran 1 1/2 cwn nasi.
2. beras (ada dijual dikebanyakan kedai cina dalam pelbagai brand).
3. Cuka 3 sudu (boleh kurangkan kalau tak suka masam sangat).
4.nasi sushi yang telah siap dimasak (1 1/2 cwn).
5. bamboo untuk mengulung sushi
6.seaweed
7.smoked salmon
8.telur dadar dan fish finger.
Cara-cara membuatnya
1. Campurkan gula dan garam ke dalam cuka kemudian masukkan cuka ke dalam nasi yang telah dimasak.
2. Ambil sekeping seaweed letak di atas tikar buluh...kemudian ambil sedikit nasi dan ratakan dengan meninggalkan basi tepi seaweed sebanyak 1/2 inci dikelilingnya.
3. setelah rata ambil salmon atau telur dadar atau fish finger atau apa saja yang disukai. Letakkan bersama timun yang dipotong memanjang.
4. mulakan menggulung sambil memadatkannya.
5. Potong lebih kurang setebal 1 inci.
6. hidang atas pinggan jepun....baru berselera......
Iya kak ...nami selalu ingin kabar dari Helwa ...coz rindu nak kumpul lagi seperti
dulu, meski cuma bisa lihat fotonya jee dah happy ...
Pengen bakso ...???, kak cahaya n fren yg lain harus kunjungi nami,kapan ???,
ditunggu yaaa...kita makan bakso sampe puass....