Want your
own Fotopage?











 
Helwa Nottingham's FotoPage

By: Helwa Nottingham Malaysian Community

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Sep-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Helwa 13 September 2008 (Host:Norfarizah aka Cikinur)

Ramadhan: Tadarus & Nasi Kerabu

Assalamualaikum.
Setelah lama 'memerapkan' diri, kami memohon maaf sebab lambat utk meng'apdetkan'
FP ini..Maaf zahir & bathin ye..

Seterusnya minggu ke-2 Ramadhan Helwa meneruskan program tadarus & memasak Nasi Kerabu yg didemokan oleh Puan Zuraihan(Zue) dengan dibantu/pantau oleh kak Tim.
Pada kali ini rumah yg bertuah menjadi host ialah rumah Puan Farizah beralamat no:12, croydon road,ng7 3ds radford.



Sementara menunggu ketibaan ahli Helwa, majlis diteruskan dengan penyediaan bahan2 utk nasi kerabu.

Bahan A Ulam
Semua bahan2 ni hendaklah dihiris halus kecuali Tauge(melampau la tu kalo kena hiris).Daun kesom utk bg wangi.hiris jugak.oppss..terlupa gmabr serai..serai pun kena hiris halus..



Bahan B Sambal Kelapa
kelapa kering
tuna
bawang besar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa



Masukkan semua bahan2 di atas dlm blender dan blend semua. Kemudian masukkan dalam kuali dan kacau sampai kering(tang ni yg amik masa lama utk kering. Kena kacau selalu utk mengelakkan hangit

Bahan C Samball

2 batang serai(titik)
4 sb minyak
10 tgkai cili kering
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih -semua bhan di atas diblend

1/2 sk asam jowo + 100ml air
2 tin santan
garam & gula secukup rasa

Tumis bahan2 di atas sampai naik minyak. Lepas tu masukkan santan..kaco2 masukkan asam air asam jawa..kaco2 lagi..siap dah sambal


Ikan kembong goreng sebagai lauk

potong2 ikan kembung, pastu gaul dgn garam, kunyit & tepung gandum+tepung naik sendiri(k.fida ckp lg best guna tepung ni)
.Pastu goreng garing

Sambil menunggu bahan2 di masak,tadarus diteruskan seperti biasa

Zue & hidayah

Host, Farah & anak dara k.yati(aini)

Izan & wan

K.tiem & K.Fida


Ragam memasak












Usai memasak dan bertadarus, kami dihidangkan dengan tazkirah ringkas dr Puan Hidayah berkenaan dengan perkara2 sunat dan kelebihan dibulan Ramadhan


Akhir sekali demo menggaulkan segala bahan ulam+sambal kelapa








lain-laini .
Maisarrah



Akhir sekali xtvt 'menapau' dan ditamatkan dengan tasbih kifarah
Alhamdulillah..selesai satu tugas..

syabas!!! Wed 8-Oct-2008 11:10
Posted by:mrshenri  - [Link]
alahai tak merasa la den nasi kerabu tu.......
Nasibahhhh...!!!!di manakah tempat daku nak menumpang selera nasi kerabu ni.....
Wed 8-Oct-2008 15:21
Posted by:kak Cahaya  - [Link]
kak cahaya, dah dapat resepi tu apa lagi... masak sendirilah... pastu panggil aku datang makan Wed 8-Oct-2008 16:33
Posted by:mrshenri  - [Link]
kak cahayo.
masak le lelobih, bkn setakat mrs henri jo bleh makn,sey bleh tapau skali
Wed 8-Oct-2008 18:33
Posted by:ciki


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.