Helwa Nottingham's FotoPage - - Fotopages.com
Helwa 20 September 2008 (Host:Izan Syahriah)
Assalamualaikum.
Ramadhan diteruskan dengan aktiviti tadarus.
Kali ini rumah yg bertuah masuk FP ialah rumah Puan Nur Izan Syahriah Hussein...
sori geng sbb cilok gambr kat FP hang..
8-)
Tadarus terus dimulakan sambungan dari minggu sebelumnya..
kak yati wif aina & dr.faridah
otai k.tiem & k.fida
Tok & Wan
kak Zai& k.Siti Hir
Usai tadarus kami terus dihidangkan dengan tazkirah ringkas dari Dr.Faridah(selamat pulang ke Malaysia:-D )
Tazkirah berkenaan peranan kita sbgai muslim dibulan Ramadhan dikias kepada Lebah & Kalkatu.Kesimpulannya, jadilah lebah yg sentiasa berusaha dan rajin pada setiap waktu(istiqomah). Elakkan dr sifat kalkatu yg hanya berbuat sesuatu pada musim2 tertentu sahaja.(camtulah kalo ikut kepahaman den ni.  :P ).Maknanya contoh yg bleh diambil mcm kalo bln pose je kita ni rajin baca quran.kalo bln tk pose jarang noo nk baca quran..heehh..(mcm tau2 je8-) )
Aktiviti sampingan yg sempat di shoot
Kak tiem gunting baju raye tuuuu...
ahli helwa yg paling muda ptg tu.
Akhir sekali sebelum kami semua beredar dr rumah host, kami telah dibekalkan sorang satu buah tangan dr cik puan host..bubur pulut hitam..gambo tk smpat shoot pulak sbb kemaruk dapat bubur nk wat buka poso :-D ..ma kasih ye Izan..hg mmg ghajin..
Terima Kasih pada Puan Host kita..jazakallahu khair
merenung ' apo nk msak buka ptg ni..'
Helwa 13 September 2008 (Host:Norfarizah aka Cikinur)
Assalamualaikum.
Setelah lama 'memerapkan' diri, kami memohon maaf sebab lambat utk meng'apdetkan'
FP ini..Maaf zahir & bathin ye..
Seterusnya minggu ke-2 Ramadhan Helwa meneruskan program tadarus & memasak Nasi Kerabu yg didemokan oleh Puan Zuraihan(Zue) dengan dibantu/pantau oleh kak Tim.
Pada kali ini rumah yg bertuah menjadi host ialah rumah Puan Farizah beralamat no:12, croydon road,ng7 3ds radford.
:-D
Sementara menunggu ketibaan ahli Helwa, majlis diteruskan dengan penyediaan bahan2 utk nasi kerabu.
Bahan A Ulam
Semua bahan2 ni hendaklah dihiris halus kecuali Tauge(melampau la tu kalo kena hiris)
Bahan B Sambal Kelapa
Masukkan semua bahan2 di atas dlm blender dan blend semua. Kemudian masukkan dalam kuali dan kacau sampai kering(tang ni yg amik masa lama utk kering. Kena kacau selalu utk mengelakkan hangit :-S
Bahan C Samball
4 sb minyak
10 tgkai cili kering
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih -semua bhan di atas diblend
1/2 sk asam jowo + 100ml air
garam & gula secukup rasa
Tumis bahan2 di atas sampai naik minyak. Lepas tu siap dah sambal
:-D
Ikan kembong goreng sebagai lauk
potong2 ikan kembung, pastu gaul dgn garam, kunyit & tepung gandum+tepung naik sendiri(k.fida ckp lg best guna tepung ni)
;-) .Pastu goreng garing
Sambil menunggu bahan2 di masak,tadarus diteruskan seperti biasa
Zue & hidayah
Host, Farah & anak dara k.yati(aini)
Izan & wan
K.tiem & K.Fida
Ragam memasak
:-D
Usai memasak dan bertadarus, kami dihidangkan dengan tazkirah ringkas dr Puan Hidayah berkenaan dengan perkara2 sunat dan kelebihan dibulan Ramadhan
Akhir sekali demo menggaulkan segala bahan ulam+sambal kelapa
lain-laini .
Maisarrah
Akhir sekali xtvt 'menapau' dan ditamatkan dengan tasbih kifarah
Alhamdulillah..selesai satu tugas..
Helwa 6 September 2008 (Host:Wan Rukaida Wan Abdullah)
Ramadhan menjelma lagi..Sempena bulan yang mulia ni, Helwa akan mengadakan aktiviti tadarus setiap sabtu sepanjang bulan ni..Sesi tadarus pertama di adakan di rumah Wan Rukaida di 12 Holland Street...
Sebelum aktivit tadarus, sedikit tazkirah sempena Fadhilat Ramadhan telah disampaikan oleh Puan Zuraihan aka Kak Zue..terima kasih byk2 kak Zue kerana sudi bkongsi ilmu...
dan sessi tadarus dijalan kan...
Cikinur & Farah...
Zue & Hidayah..
Izan & Ina..
Tok & Dr Faridah..
Kak Yati, Kak Fida & Kak Tim...
Helwa 16 Ogos 2008 (Host:Puan Rohana Mat Nor@k.ana)
Alhamdulillah, pertamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Helwa atas sokongan dan dorongan kepada ajk baru untuk meneruskan program Helwa bagi sesi 2008/2009 pada kali ini.
Perjumpaan Helwa  seterusnya telah diadakan di 'mansion' Puan Rohana@k.ana beralamat di 30 bentinck road,hyson green ng7 4af a.k.a notts islamia school dan juga sebagai pembuka tirai sesi baru selaku host.
Pada kali tersebut, aktiviti dimulakan seawal jam 4.30 ptg bagi menunggu kedatangan ahli2 yang berkesempatan hadir untuk melaksanakan solat hajat sebelum masuk waktu Asar. Tujuan solat hajat dilaksanakan adalah untuk mendoakan kesejahteraan Puan Nora yang diagnose menghidap leukemia (AML) seterusnya kesejahteraan dan kejayaan semua orang dunia akhirat, InsyaAllah. Solat diketuai Puan Host sendiri (ma kasih k.ana).
Usai solat dan doa, aktiviti Helwa diteruskan dengan mensyuarat Helwa bagi sesi baru untuk membincangkan perancangan aktiviti Helwa seterusnya.
Antara yg hadir pada petang itu
Juadah2 yg menarik yg dapat dilihat sebelum di'ngap'... :-D
Menu utama dr Puan Host, Nasi Dagang Ganu & Mee Hoon Sup..(besst wooo.. :P )
Sesi makan2 yg sempat di shoot...(sori la tk byk gambo, sbb kameramom busy nk mkan  gak)..sabar je lah :-O
Tetamu2 kecil yg 'mesra kamera'ptg tu.. 8-)
Ringkas sahaja entry kali ini sbb tukang taip ni lom familiar ngan selok belok FP :-O
Minta maaf atas segala 'kekurengan' yg dipaparkan $-)
Selamat berpuasa
Helwa 26 Julai 2008 (Host : Puan Laily & Puan Zarina)
Aktiviti Penutup Helwa di bawah kelolaan AJK HELWA sesi 2007/2008 telah diadakan secara host bersama Puan Laily Mariana Samsudin dan Puan Zarina Zakaria pada 26 Julai 2008, bertempat di 136 Laurie Avenue, Forest Fields.
Di perjumpaan kali ini sesi ramah mesra ahli-ahli helwa dan anak-anak telah diadakan.
Di kesempatan ini, kami selaku Biro Helwa bagi sesi 2007/2008 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua rakan helwa terhadap apa jua aktiviti yang telah dijalankan oleh Helwa dan juga NMC.   Tanpa anda siapalah kami di sini... Tanpa sokongan rakan-rakan helwa sekalian, aktiviti yang dirancang tidak akan dapat dijayakan.
Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya di sepanjang aktiviti-aktiviti helwa dijalankan ada kesilapan yang telah kami lakukan secara tidak disedari.  Segala kesilapan dan kekurangan yang ada adalah di atas kelemahan kami sendiri.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Farizah dan Puan Wan Rukaida di atas perlantikan sebagai Biro Helwa bagi sesi 2008/209. Kami berharap aktiviti-aktiviti helwa akan diteruskan oleh AJK yang baru. Kami juga mengharapkan agar sokongan berterusan dari ahli-ahli helwa yang lain bagi mengaktifkan apa juga aktiviti yang akan dijalankan selepas ini.
Sekiranya ahli-ahli helwa mempunyai sebarang cadangan ataupun komen, ruang perbincangan sentiasa dibuka luas di emel helwanmc untuk kita sama-sama membincangkannya..
Di kesempatan ini juga, saya dan Puan Zarina ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli helwa yang sudi hadir ke teratak saya pada 26 Julai 2008 yang lalu bagi memeriahkan majlis penutup helwa bagi penghujung sesi 2007/2008.  Yang tidak dapat hadir, pintu rumah sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan anda semua di masa-masa akan datang.
Berjuta-juta penghargaan juga kepada semua ahli yang hadir bersama juadah yang enak-enak pada majlis tersebut.  Sungguh kami tidak menduga sambutan yang cukup meriah pada hari ini.  Terima kasih sekali lagi!!!....
tetamu undangan (yang bukan rakan helwa... hehehehehe... )
Terima kasih lagi dan lagi dan lagi... Tak tau lah terima kasih yang kali ke berapa untuk entry kali nie... Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan saya semangat untuk meng'update' entry di fotopages helwa ni walaupun lambat dan sentiasa  menghulurkan bantuan setiap kali saya memerlukan... Budi kalian kan tetap ku kenang hingga akhir hayat...
Maaf sekiranya di sepanjang jari jemari ini menari di sini, ada hati yang telah terguris ataupun ada tutur kata atau tingkah laku yang tidak disenangi... Mohon ampun maaf banyak banyak....
Sekian, dari hujung jari jemari
Laily Mariana Samsudin
Helwa 12 Julai 2008 (Host : Puan Suhaili Abu Bakar)
(sorry, yg ni pun lambat update..)
Sebagaimana biasa, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin.
Dan diikuti oleh Kelas Tajwid di bawah bimbingan Ustazah Farizah...
(gambar semasa kelas dijalankan terlupa lak nak snap.... sori lagi sekali)
Dan juga sesi jualan langsung tudung dari Malaysia oleh Puan Dalina...
Helwa mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Puan Suhaili yang sudi menjadi tuan rumah pada perjumpaan kali ini, di samping hidangan yang enak-enak hasil air tangan chef terkenal kita, Chef Taufik...
Makan 'time'
si comel yg manis bergaya dengan tudung Auntie Dal, tapi tak dapat menahan airmata dari gugur bila didukung oleh Auntie Tim...
'batman' merajuk...
Helwa 17 Mei 2008 : Host Puan Shariza
Bagi melunaskan hutang yang masih tertunggak, dengan ini disiarkan rakaman perjumpaan Helwa di rumah Puan Shariza yang telah diadakan pada 17 Mei 2008 bertempat di 162, Burford Road, Forest Fields...
Mohon ribuan ampun dan maaf di atas kelewatan ini... Terlalu byk sebab, tak tersenarai rasanya di sini... Namun, itu semua adalah di atas kelemahan saya sendiri... Saya yakin AJK akan datang lebih efisyen dari saya... Insya Allah...
Ahli Helwa yang hadir
Di pertemuan kali ini juga telah diadakan demonstrasi membuat Kek Pandan Chiffon di bawah kelolaan Puan Noerwati Dolhaji...
Cara-caranya :-
1.
2.
3.
Juadah hari ini....
Kelas Tajwid
Antara yang sempat dirakamkan...
to be continued...
Nota Kelas Tajwid - HUKUM MIM SUKUN
assalamualaikum...
sedikit usaha telah dilakukan untuk padam background yang nampak ala-ala comot di nota-nota tu. tapi... akhirnya tak larat nak ku teruskan kerana sungguhlah leceh dan memakan masaku... harap-harap korang masih boleh bacalah nota-nota tu... wassalam...